Tuesday, March 8, 2011

Email buat Azim

Salam Azim,

Macamana Azim disana? Rindukan ibu? Ibu rindu sangat2 kat Azim darling. Abang & Ayah too.

Jam sekarang dah pukul 11.45pm. Lagi beberapa minit je birthday Azim darling. Tahun ni Azim dah 5 tahun. Dah sekolah. Abang Adam kata Azim boleh masuk Q-dees. Belajar pandai2 macam abang.

Azim Darling,

Dah lama ibu tak berborak dgn Azim. Banyak sangat cerita.... Mana ibu nak mulakan ye?

Ok, mula2 ibu nak cerita pasal Abang. Adik tau kan Abang dah sekolah menengah. Dah jadi remaja sekarang. Abang sekarang ni tengah dlm practical jadi pengawas. Yes, again.... Mula2 ibu tak nak kasi tapi bila fikir2, biarlah. Biar dia rasa ada tanggungjawab sikit.
Oh ya, sekarang ni pun every weekend Abang akan pergi practice memanah. So, bukan setakat Abang je dah gelap, dengan ibu sekali. Sepatutnya bulan April ni ada tournament tapi dia tak confident lagi. Maybe next year.

Now ibu cerita pasal ayah pulak. Ayah macam biasa je. Tapi lately ni dia busy sikit dengan kerja. Lupa pulak, semalam anniversary ibu & ayah. Abang belanja kami dinner. Kesian Abang korek duit tabung. Berdenting2 dengar syiling keluar. Ibu tengah sembahyang pun rasa macam nak gelak. Time dia bayar, rasa tak sampai hati pulak.

Azim taukan tak lama lagi kita akan berpindah ke rumah baru. Now rumah tu still under renovation. Ibu akan sediakan bilik untuk Adik jugak. Nanti Adik datang tau. Adik nak bilik colour apa? Ibu just letak single bed je ok tak?

Azim,

Esok Azim buat apa kat sana? Mesti meriah birthday Azim dengan kawan2.

Hari Sabtu lepas ibu pergi visit Azim. I bought some white flowers. Your favorite I guess. Masa beli tu ada pink flowers. Cantik sangat, but Abang kata Azim mesti tak suka. Like gugirl, he said.

Sayang,

Azim taukan ibu sayang sangat kat Azim. Walaupun kita tak pernah ada kenangan di sini, tapi ibu tetap rindu kan Azim. Kadang2 ibu teringin sangat nak mimpikan Azim. Ibu nak peluk Azim. Ibu pernah mimpikan Azim tapi ibu tak tau kenapa ibu tak pernah kenal rupa Azim & Azim tak pernah sekali pun bersuara. Tapi ibu tau itu Azim. Azim pernah kiss pipi ibu kan? Then, ada one day tu Azim follow ibu jalan2. Time tu ibu drive, Azim & Abang duduk kat belakang. Ibu cuba nak tengok Azim thru cermin depan but still tak boleh.

Kenapa susah sangat Azim nak muncul depan ibu. Setiap kali lepas ibu mimpikan Azim, hati ibu rasa macam.... tak dapat ibu nak luahkan. Happy, resah, sedih.... semua bercampur baur.

Ibu seperti tidak mahu berhenti menulis untuk Azim. Tapi kemanakan surat ni ibu nak emailkan?

I love you so much darling.......

p/s : Sampaikan salam ibu buat teman2 Azim disana.

Monday, March 7, 2011

Hari kawen aku dgn dia

Aloha...

Mesti pelik kan? Hari tu kata nak bercuti dari segala aktiviti yg melibatkan pc/laptop/komputer. Alih2 lepas 5 hari muncul balik....

Hehehe....

LAPTOP ku sudah ok.
(**dlm hati ....... kenapa lah ko dah ok. kenapa lah ko tak rosak forever & ever until when-when.)

Aku terdengar desas desus my darling tgh survey kan laptop baru. Mestilah utk aku, takkan utk mak dia pulak kan... kan... kan....
Tapi bila yg lama dah ok, nampaknya terkubur lah impian aku.
Kalau aku kenal org yg repair tu, awal2 aku kol suruh dia baling bende alah tu kat atas jalan.

So, dengan erti kata lain.... AKU MASIH TAK DAPAT HADIAH ENIBESERI AKU...... dan aku masih mengharap.

Yes... hari ni enibeseri aku dan dia.... Yg ke berapa??? Mmmmmmmmmm..............

Tak ada yg special pun. Seperti biasa, hari ni hari Isnin. Aku kena tunggu dia habis meeting sampai pukul 8pm. Kenapalah hari ni aku terajin pulak nak tunggu dia. Kenapa aku tak drive ajer?? Kan padan dgn muka aku, duduklah kat ofis yg sejuk lagi dingin ni.
(**Puan hantu, tolong jgn kacau saya. Sy tau kamu sudah tahu masuk lift turun tingkat 13 ni. Klu kamu mahu overtime, datang saje esok...)

Sempena enibeseri aku hari ni, seperti biasalah, aku berangan macam2....

-Aku nak bodek dia DSLR
-Aku nak mintak dia LAPTOP... (tak payah lah sebut bende yg takkan dapat)
-Aku nak sebijik beri hitam (bukan kek beri biru hoccay!!!)
-Nak tambah baby... (Wei!!... gediks gatal sungguh ayat ini)
-Dan yg paling penting (korang baik ambik baldi dulu...) aku nak jodoh aku & dia berpanjangan & dia sayang aku sampai bila2 forever & ever until when2. derrrr... terlalu klise ayat aku. (Nah, korang boleh muntah skrg.)

Saat ini aku tengah lapar. Purposely kosong kan perut untuk dinner ini mlm. Darling jr sudah kol kata mau belanja mami & dedi dia dinner tunite. Alahai anak omak. Tapi bajet RM60 shj hoccay!!! (Itu pesanan dr dia.)
Takpelah... kedai mamak pun jadi lah. Nak grand sikit, kite pegi kedai GELAS BESAR tu. Bapak besar gelas dia. Boleh share 3 org... Jimat jgk kan.

HAPPY ANNIVESSARY UNTUK AKU......

Note : Baru berangan kan sebijik beri hitam, henpon aku sudah buat hal. Putus2 pulak suara dia bila kol/sms masuk...
Ooooo... rupanya darling sms. Sudah habis meeting. Yehaa!!!

Wednesday, March 2, 2011

Aku bercuti

Aloha....

Mulai hari ini...err... esoklah, aku nak bercuti dari segala aktiviti yg tidak formal yg melibatkan pc, komputer or laptop. Erti kata lain aku tidak akan beronline sehingga diberitahu kelak.

Bukannya sebab aku nak panjat Gunung Everest atau menyelam di lautan Pasifik. Tapi ada sebab2 yg lebih drastik daripada kedua2 sebab itu.

Sungguh... hati ini berat sangat nak meninggal kan semua itu. Tapi......

LAPTOP KU ROSAK LAGI....

kat office pulak.....

DAH TAKDE PRIVACY.....

Aku dah tak boleh online sesuka-suki.

Hati aku dah berbunga riang bila nampak banner PC Fair kat tepi2 jalan tapi bila tgk date... WAAARRGHHH!!!!! lambat lagi.

Darling kata, tak perlu. Repair je apa yg ada.
Dia mcm buat2 lupa je enibeseri bakal menjelma. Mungkin dia nak kasi benda lain kot sebab laptop itu pun pemberian dari dia sempena enibeseri aku yg ke... (mmm... aku lupa).

Note : Korang sayang aku kan kan kan? Doakan aku dpt hadiah err.. (Muka tak malu)

Friday, February 25, 2011

Dialog romantik menjelang enibeseri (tak perlu korang tau enibeseri yg ke berapa)

Dialog tak boleh blah.....

Aku : Youuuuuu....... (sambil muncungkan mulut). Enibeseri ni you nak kasi apa kat i?

Dia : Mmmm.... takde apa.

Aku : Alaaaaaaaaaaa... (Nak muntah bila aku ingat part ni. Gediks nya aku.) Last year tak kasi apa2 pun...(*thinking*.... yeah confirm tak dpt apa2 last yr)

Dia : Tunggu lagi 3 thn. 2 thn lepas dah kasi kereta. Tunggu habis utang dulu.

Aku : .....(dlm hati) Ambik lah balik keter tu!!!

Aku : Mefenyafampafah.....

Dia : Afadafa afakufu kefesafah....

Aku : Gulp... (dia paham...)

Note : Duit RM100 u kasi every week tu ingat nak kumpul beli hadiah u. Cancellah... I dah guna.

Thursday, February 24, 2011

Nak menyumpah lagi, boleh?

%&#(@^*!!!! (suka hati korang nak translate... kalau nak mencarut, dosa tanggung sendirik)

Kusut... kusut aku duk kat ofis ni.

Kusut dgn orangnya, kusut dgn system nye....

Mula2 korang block chatting...... DEMMM!!!!
Lepas tu korang tak kasi upload gambar ...... DOUBLE DEMM!!!!
Then korang kasi kitorang sytem baru ..... WADEHEL!!!! (Memory otak aku dah tinggal 1G je. Mana mungkin nak masuk lagi bende2 baru)
Worse part.... korang nak tukar seating arrangement.... OWH SHOOT!!!!!

BLADIHELL BETOLL!!!!!!!

Tempat aku sekarang sungguh2 strategic. Tapi aku tak pernah jarang ambik kesempatan. Duduk sebelah boss aku, aku boleh nampak apa boss aku buat tapi boss aku tak boleh nampak apa aku buat... Huahahaha...(evil laugh).

"Boss... saya tau boss selalu berchatting & berfb."

Alih2 dorang nak tukar position pulak... Duduk depan boss aku pulak. Haruskah aku letak pc aku membelakangkan boss aku? Maknanya, time nak guna pc je, aku kena mengadap dia? Lepas tu ada pulak boss lain yg nak menempel kat sini. Singa betina pulak tu....

Nasib.... nasib......

Note : Teringin je nak mencarut tapi ala2 sopan... Boleh?

Wednesday, February 23, 2011

Tesha anak jepun...

Aloha....

Dah 2 hari mata Tesha sepet.
2 hari ni jugak darling jr ejek Tesha 'anak cina...' or 'Tesha anak negro mata cina...'

Semalam, selepas 2 hari mata dia sepet, bawak lah dia jumpa tuan doctor. Balik kerja je, aku kol doctor tu. Klinik sudah tutup pukul 6 larr.... Tapi doc tu ckp boleh jumpa dia kat Tmn Sri Gombak.

9.30pm, lepas sesat here & there, akhirnya jumpa jugak. Jumpa doc tu depan pet shop je. Masa tu dia tgh sibuk kasi strays makan. Alahai.... murni nye hati doc tu.

Bila dia belek mata si Tesha, dia kata takde apa. Its only her 3rd eyelid. Maybe sebab panas ke. Or sebab dia main dgn ulat/serangga. Owh... itu memang feberet dia. Hobi dia memang terlompat sana sini tangkap ulat terbang. Kalau lipas tu, kesian.... kepala kat ujung sana, kaki kat tepi tangga, badan kat bawah meja.... Itu sumer kerja si Tesha. Nasib dia tak makan je. Tau pulak dia bende tu tak boleh makan. Bab makan memang dia memilih & fussy. Only Royal Canine.... (Nak yg mahal jer...)

Permasalahan aku (mampoos aku kena rotan dgn cikgu BM klu salah eja ni - senang citer, problem aku) lebih kurang dgn problem org ni.

http://www.thecatsite.com/forums/showthread.php?t=48369 .

(anyone can teach me how to shortcutkan bende ni? I mean just tunjuk kat situ 'klik sini', utk pegi kat link tu).

Selama ni aku tak tau pulak dorang2 ni ada 3 eyelids. Tak percaya? Baca ni klu rajin. Klu tak rajin, tak payah baca sebab panjang.

http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=why-do-cats-have-an-inner

So, settle sudah masalah aku. Dan yg paling happynye adalah darling coz dia tak perlu keluar a single cent pun sebab dpt consultation free. Jumpa doctor kat kaki lima kedai je... hihihi....


Ini gambar semasa mata bulat. Masa mata sepet, tersangat lah susahnya nak ambik gambar

Untuk masalah kurus dia pulak, doc tu ckp, ekceli dia bukan kurus. Memang size dia kecik & leper. Ala2 Nasha Aziz... Bak kata Abg Akim, Africa next top model....

Note : Sudah tukar food konon nak kasi gumuks, tapi tak nak pulak... Mahal tau....

Monday, February 21, 2011

apa nak buat ni......

Problem... problem......

Apa nak buat ni. Lagi 2 minggu je nak gi reunion. Baju tak beli lagi. Diet tak start lagi....
Dan yg paling worse, muka ku sudah jadi gelap gelita..... Apa nak buat? apa nak buat ni???

Fair & lovely? Sungguh ke boleh ni?
Garnier? Sudah... tapi, sama jer...
Bedak sejuk? Lambatlah nak kena rendam beras.

Ini semua gara2 aku jadi pak pacak kat tengah padang. Every week berpanas. Walaupun cuaca redup, tapi bahang panas tetap ada...

Ini semua gara2 mau darling jr jadi Robin Hood.


DEMMIT!!!!! Pic tak boleh tepek pulak.
WADEHEL!!! SUMER TAK BOLEH. MENTANG2 INI BUKAN KOMPENI BAPAK AKU!!!! KORANG BLOCK SUMER2... AKU TAK KESAH!! KAT RUMAH AKU PUN ADA PC, ADA TENET!!!!.

(very the hot hati ini coz nak upload pic pun web marshal nak BLOCK)

Note : Ada ke masa aku nak upload kat rumah??