Tuesday, December 10, 2013

Meatball pizza


Aloha....

Lepas meredah jem dalam hujan lebat, nafsu makan tu semakin membuak2....
Tapi, disebabkan sudah membuat akujanji dengan my laling jr untuk tidak melantak nasik di malam hari, maka ini lah yang masuk ke perut kami malam ini. 

Hasil tangan sendiri hoccay.....

Sila2 lah menjamu mata. 







Nak resepi? Aku pun dah lupa, sebab main campak2 je. Yang pasti ada spagetti sos, meatball & cheese. Oh ya, yang paling penting base dia, guna roti arab aje. 

Update : - meh sini ai ajar uols nak buat pizza nih.

Bahan2 asas :-

Roti Arab di belah dua (jadi 2 keeping bulat - kalau tak belah dapat base pizza tebal)
Spaghetti sos.
Meatball - ni dibelah sesuka hati atau nak letak seketul2. Tanak meatball boleh tukar sosej, tuna, sardin or apa2 je yang uols like.
Cheese - (pizza topping or mozzarella) - time ni aku takde 2 cheese ni, so aku siat2kan aje cheese yang makan dgn roti tu.

Hiasan:-

Capsicum
Nenas
Bawang Holland (hijau)

Cara-cara :-

-meatball aku masak dulu dgn spaghetti sos sebab takut dalam oven tak sempat masak base pizza dah hangus.
-bila masak lebih kurang (tak perlu taruk garam or apa2 pun) sapu atas roti Arab.
-susun meatball together atas roti tu.
-Then tabur bahan2 hiasan.

sebelum tu, panaskan oven.

Masuk oven 150-170C selama 10 minit. (Ini pun terpulang kepanasan oven). Agak2 cheese dah cair or roti dah macam rangup je, boleh keluarkan. Tu pasal kena masakkan dulu meatball tu.

Senang kan..............



Barang baru beli...

Aloha.....
 
Saje je gatal2 nak cerita, saya beli ini.... Beli 2 barang dapat free 2 barang lagi.
 

 


ok bye.....

Note : Dermagic serum tu memang ok. Argan Wonder Powder tu baru cuba. Gel eyeliner tu dapat free.

Bengang

Aloha....

Saper bengang?!!

Bukan aku.....

Sekarang ni kan musim hujan je.... Boleh kata seminggu dua ni memang hujan jelah. Kalau tak hujan, mendung. Matahari seakan malu2 nak keluar....

Makanya, kain baju kotor pun bertingkek-tingkek lah kaedahnya.....

Mana taknya.... basuh tu anytime je. Letak je dalam mesin then kasi dia bereskan yang seterusnya. Tapi tempat menjemur lak takde.
 
Last Saturday, memang dah tak tau mana nak sidai. Baju2 oklah lagi boleh guna hanger. Tang cadar & tuala tu yang aku dah tak tau nak buat caner. Decide nak bawak kedai dobi self service nye tu. Tapi my laling kata buang masa tunggu. Basuh 1/2 jam, kering 1/2 jam. Ok fine... aku kata basuh kat rumah then hantar gi keringkan. Jimat masa jimat duit sikit. Dia kata hantar jelah dobi depan tu. Amik nati siap lipat.

Yelah Seman oii..... Dulu masa aku cakap nak beli dryer, tamau. Beli dryer ni kalau duduk flat je kata dia.

Aku ni dah lama tak hantar baju gi dobi. Washing machine dah besar gedabak tu kalau malas lagi nak basuh, memang mintak kena jual baliklah. La ni, setakat 2 comferter tu aku sumbat je dalam machine tu. Karpet lembut tu pun aku pernah belasah basuh.

So kali ni yang aku hantar dobi tu, cadar + sarung bantal 3 set. Punyalah kan dah 2 kali tukar cadar pun, masih tak sempat2 nak basuh. Selimut 3 helai, towel 4 helai.

Berat jugak aku nak angkat, so pegi dengan my laling. 

Kat kedai tu, terang2 aku cakap ini cadar & towel. Tapi budak kedai tu sibuk berborak sama dia. Dia pun tak larat angkat, my laling angkatkan nak timbang. 

7kg.... then my laling mention lagi itu cadar.

Dia bukak bill, RM14. Siyes, aku memang tak tau charge dobi sekarang. 

Oklah... RM14 je.... then my laling nak bayar habis. Aku teringat lah pulak baju aku pernah hilang time hantar dobi long time ago, so aku kata bayar time ambik nati. Budak tu dah tulis 'paid' kat resit, dengan buat muka dia conteng balik 'paid' tu.

Pas tu aku tanya dia bila siap, dia kata Isnin. Sebab Isnin kan aku keje so aku tanya kedai tutup kul berapa. Dia kata macam biasa lah....

Aku jawap, 'saya tak tau biasa tu pukul berapa...' 

Kat situ pun dah napak dia buat muka bengang. Eh eh... bukannya aku yang patut bengang ke? Kamu bengang sangat sebab aku kacau kamu borak!? Sat gi aku blah, sambung lah balik!!!

Itu baru bengang dengan aku... 

Hari ni pegi ambik kain dobi tu. My laling je yang gi ambik. Dia bawak balik then tanya aku berapa ringgit kena dobi tu.

Eh... bukannya hari tu kata 14 hengget?

RM28..... tapi i bayar RM20 je.

Boleh pulak cenggitu....

Yelah... hari tu dah terang2 cakap ini cadar & towel. Dia boleh cakap ingatkan baju....

Amekau.... my laling kata dia tak nak bayar RM28. Dia nak bayar RM20 tu pun dah kira baik. Bukannya tak cakap kat dia kita hantar apa.


Tu lah kalau dah buat keje tak hormat pelanggan, so pelanggan pun tak akan kasi muka jugak.

Sure bengang budak tu. Mesti dia dah mark kitorang. Sorry lah dik... lepas ni kitorang tak hantar dah kat situ. Kitorang akan gi self services nya itupun kalau terpaksa. Kalau tak pun, I hantar je kat rumah ibu mertuaku... Siap lipat jugak.....




 
 
 

Sunday, December 8, 2013

Tesha

Aloha....




Ish ish ish... bertuah punye budak. Susah sangat nak kasi makan ubat. Kena inject ok je, time makan ubat.... sampai 2 orang doktor kena handle dia. Tak pasai2 doktor kena cakar. 

You dropped my water face..... 

Muka je nampak ayu, tapi perangai....


Saturday, December 7, 2013

Oh my curry...

Aloha.....

Tak payah nak oh my oh my sangat.... 

Orang berkari, kamu pun nak berkari jugak...

Orang resepi ikut buku lengkap, kamu resepi derhaka.... Mak pak segala rempah tak taruk. Serbuk kari semata2.... Memang mintak kena jegil dengan Chef Wan.

Hantam sajelah.... 1st time buat guna ikan murah2 sudah. Dah expert nanti baru boleh buat kepala ikan merah ya laling laling sekelian.


Yang pasti, gunalah serbuk kari Baba's.... (**iklan tak berbayar)

Thursday, December 5, 2013

Misteri yang tersingkap

Aloha....

Kisah misteri lagi....

Aku memang biasa balik kerja lambat. Kadang2 ada 2-3 orang. Kadang2 tinggal sorang. Part tinggal sorang ni yang malas sikit. Time balik nak kena make sure lampu, ekon, pintu sumer tutup. If not, memekik2 orang tingkat 15.

Seminggu dua ni, bila time2 duduk sorang kat ofis, ada rasa lain macam sikit. Ada bau busuk....

Jeng jeng jeng......

Betollll... tak tipu... Bau memang menusuk idung. Mula2 cari bawah meja. Kot2 bau kasut aku ke. Tapi bukan dari bawah meja aku.

Bau ni muncul memang time2 orang dah balik. Start dalam pukul 6 ke atas macam tu. Sampai aku kebas air freshener toilet untuk spray kat sekitar2 tempat aku. Tapi memang tak boleh hilang. Power bau dia....

Tak boleh jadi ni. Aku kena siasat....

Bila orang takde dan bau tu muncul, aku mula mencari. Dari mana datangnya bau yang melampau itu.

Siasatan pertama tak berjaya sebab aku pun tak tau dari mana nak start.

Aku mula membuat analisis.... Bila bau tu akan timbul.

Lepas orang ni balik, ada bau tak.... takde.
Lepas orang tu balik, ada bau tak.... takde jugak.
Lepas sorang sorang aku peratikan. Makan hari jugak lah.....

Dan....

Akhirnya.... aku sudah ketemu clue.

Ada sorang ni (tidak perlu disebut nama) bila dia balik je baru bau tu timbul...

Dia bela hantu raya kah???!!!!!

Dengan hati berbelah bagi, aku siasat tempat dia....

Ya!!!! betul tekaan ku. Bau yang kucari2 sudah jumpa...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
 
BAU INI RUPANYA!!!!!!!!
 

 
Gambar hiasan kredit pada En Fadzil. 
 
 
Gambar kasut sebenar tidak lah boleh ditepek disini demi menjaga keharmonian persahabatan. (Chewah!!! walaupun bukan rapat sangat pun).
 
So, kalian yang membaca kisah ini, silalah ambik iktibar ye.... Cuba test bau kasut masing2... Adakah ianya mengganggu ketenteraman orang lain?
 
Misteri yang menyelubungi aku selama ini sudah terungkai. Masalahnya sekarang, macamana nak menghilangkan masalah ini?
 

 
 
 

Wednesday, December 4, 2013

Love Yasmin - Yasmin J Hunwick

Aloha....


Rasanya tak pernah cerita kat sini tentang apa jenis buku pun yang aku baca.... Tapi kali ni special sikit.

Aku bukannya pembaca novel tegar. Nak baca suratkhabar pun kadang2 malas.  This time macam nekad je beli buku ni.

 


Buku ni diterbitkan berdasarkan cerita benar.

Yasmin...... tak kenal kan? Dia bukannya bintang filem, bukannya ahli muzik atau pelajar AF. Aku mula kenal dia bila tiba2 nama Yasmin J Hunwick menjadi trending kat twitter.

Siapa dia?..... Gigih aku google. Last2 jumpa blog dia.  Oooo.... budak rupanya, baru Form 5.

Macamana tiba2 dia jadi famous? Ada kisah nya...... Bagi yang mengikuti kisah dia di blog, akan faham mengapa dalam sekejapan si cantik ini menjadi sebutan.

Ekceli aku pun belum start baca pun buku tu sebab aku dah tahu jalan cerita dia, siapa dia, kenapa dengan dia.

Aku dah tau kenapa beli lagi? Sebab atas niat untuk menderma.

Ok... jangan salah faham. Penulis Syimir Yunusi telah mengadaptasikan kisah gadis ini ke bentuk naskah atas sebab2 yang sangat mulia. Dia telah cuba merealisasikan impian gadis ini untuk membantu saudara sesama Islam di Palestine/Gaza. Semua yang dia buat ni diilhamkan dan disokong kuat oleh keluarga Yasmin. Keluarga beliau yang sangat2 kehilangan. Keluarga beliau juga berbesar hati dengan perkongsian kisah ini demi untuk merealisasikan impian anak gadis mereka.

Bagaimana?

Setiap jualan buku ini setelah ditolak kos, akan didermakan ke tabung Palestine/Gaza. Cetakan buku ini juga telah dilakukan secara berperingkat.

Peringkat pertama - pre order. Buku dicetak mengikut tempahan. Bayaran juga di buat untuk menampung kos cetakan.  Walaupun pembeli awal terpaksa menunggu lama tapi mereka dihadiahkan dengan koleksi alunan piano si gadis ini. Ya Allah... bukan setakat cantik, berbakat lagi.

Peringkat kedua - Penulis mengulang cetak sejumlah naskah mengikut survey yang mahukan novel ini. Walaupun ramai yang respon kata nak, tapi penulis hanya akan mengutamakan pada sesiapa yang telah buat pembayaran. Walaupun ada sedikit kelewatan dari segi penghantaran tapi awal lagi penulis telah menyatakan sebab2. Dan pada yang faham, dorang sabar menanti. Pada yang tak paham, apa lagi.... terus berbunyi.

Wahai Syimir Yunusi, jangan dilayan pada yang masih berbunyi kerana ia bisa membuat sakit hati.

Peringkat ketiga - aku tak pasti ada ulang cetak lagi tak.

Novel ini hanya di jual dan segala urusan penjualan di buat oleh penulis asal sahaja sebelum beliau berangkat ke Syria pada 20/12/2013. Tarikh tutup untuk pembelian adalah sehingga 8/12/13.

Kopipes status beliau dari facebook Novel-Yasmin-J-Hunwick :-

"ramainya yg inbox jangan deactive page ni. hmm.. btw, bg yg nak membeli, peluang masih ada, last bleh bank in adalah 8hb.. sy masih buka peluang untuk pembeli online sebab ada seorang dermawan dari selatan dan juga seorang pekedai buku dari timur nak borong semua novel yasmin yang berbaki untuk memudahkan dan membantu perjalanan sy serta memaksimakan sumbangan ke syria 20 disember ini"

Semoga perjalanan beliau dipermudahkan....

Dan semoga segala urusan adik Yasmin juga di permudahkan....

Al-Fatihah.

Sinopsis Love Yasmin (dari novel) :-

Mengisahkan kehidupan seorang gadis yang istimewa bernama Yasmin Binti Johan atau nama penanya Yasmin J Hunwick, seorang blogger dan juga pemain piano berasal dari Langkawi, Kedah.

Puteri sulung Encik Johan Eusoffe Abdullah dan Puan Sazlina Shahriman Shah ini telah pergi menyahut seruan Ilahi pada usia 17 tahun tanggal 3 Jun 2012 yang lalu akibat terlibat dalam satu kemalangan jalanraya bersama dua lagi rakannya.

Pemergian yang tak disangka pada usia yang terlalu muda membawa seribu duka kepada mereka yang mengenalinya. Kisah Yasmin mendapat perhatian ramai pihak dan menjadi pengajaran kepada insan masih hidup di dunia ini bahawa maut tak mengenali usia.

Semoga roh Yasmin dan rakan-rakannya dicucuri rahmat dan belas kasihan Allah.

 gambar dari blog beliau

Biodata Yasmin (diambil dari blog beliau)

22.2.1995 - 3.6.2012

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com
Blog : http://misschronicz.blogspot.com/ -



Note : Pheww..... Seminggu aku draft post ni.