Monday, June 1, 2015

Monday blues

Aloha....

Monday blues lah sangat...

Duk rumah pun ada Monday blues jugak. Sebab rasa malas je nak buat apa2. Nak menghapdet blog pun macam takde idea.

Malas2 pun kena jgk masak sebab my laling jr ada. Masak pun simple2 je. Aku sedia bahan, suruh dia yang masuk dalam kuali periuk. Tumis2 dan goreng2 je.

Sambil2 makan, borak2 anak beranak.

Pagi tadi ingat nak buat nasik goreng je balance nasik malam tadi. 

Cari punya cari nasik tu rupanya mlj pi letak dalam peti ais. Letak kat freezer...
(#bunyikcengkerik)
Aku pun taktau macamana dia boleh pikir nak letak kat situ. 

Makanya... buang je lah sebab dah keras. 

Oh ya... tadi my laling kol dari ofis ajak gi holiday. 

Bila? Rabu ni...
Mana? Kuantan...

Ok... I nak pikir dulu 84 kali. 







Sunday, May 31, 2015

Santai

Aloha...

Hari ni Ahad... Tapi ada aku kesah esok hari Isnin???

Itulah penangan MC sebulan ye kawan2...

Kononnya... (kononnya), untuk mengisi masa lapang selama sebulan ni, gedik2 cabar diri sendiri nak hapdet 1 hari 1 entry.  Almaklumlah kan, kaki je tak boleh melasak. Tangan ok je. Apatah lagi mulut dan perut....

Tapi kensellah 1 hari 1 entry. Entry tu boleh buat masa ada waktu terluang je. Sabtu Ahad agak penuh sikit agenda. 

Ok... Hari ni je ada sikit masa. My laling tido, mylaling jr tido & my laling princess tido.

Oh ya... Semalam ambik mlj kat kuantan.  Budak2 F5 balik lambat sikit instead hari Khamis. So semalam habis kelas bas antar budak2 Marang, Dungun, Paka, Kemaman & last Kuantan.

Ingat hati nak plan cuti2 ke Kuantan since bas mlj akan sampai malam. 

Tapi... baru buat plan, tengah survey2 hotel dah ml ada hal pulak. So takleh stay sana. Kena balik jugak malam tu.

Bila kat sana tengah nunggu bas mlj sampai, mlp dah mula meragam. Rimas kot duk dalam kereta. 

Bila anak dara tu dah tak duk senyap barulah dedi dia suh cari hotel jam tu jugak. 

Dah kul 10pm dah.... Gigih google hotel sana sini sekitar Kuantan. Sumer number  aku kol. FULL HOUSE.....

Kawan aku kasi few hotels pun, aku kol. PENUH....

Pas tu ml lak menapak asal nampak je hotel, masuk tanya... (yg ala2 rumah tumpangan ah kau tu tak tergamak lah nak tanya).TAKDAK KOSONG....

Haihh... Ni nama takde keje cari keje. 

Last2 bila mlj sampai je, baliklah... Tak larat dah nak cari.

Dengan kereta ada nyamuk lagi. Sebab masa nunggu kat stadium tu bukak tingkap. Time tu menderu2 lah nyamuk masuk agaknya.

Memang semalam punya trip sangat2 hancussss... Bukan tak pernah pun buat keje gini. Pegi balik or main redah cari hotel but this time memang menguji.

Sampai rumah kul 2 pagi td. Driver pengsan sampai kul 8 pagi.





Friday, May 29, 2015

Kawan yang sewel adalah kawan yang best

Aloha....

Nak carik remote astro dah 1 hal. Dah jumpa, takleh on pulak guna remote nih. Dencut2 kena gi on kat decoder.

Nak tgk 103 kena tekan 111 sebab 0 takleh guna. Pas tu tekan down down down.... Hampeh takdok citer best.

Tekan lak 711... Down down down sampai 701. Pun sama.....

Sadis sungguh. Very ppfffttttt &$£€#%!!!!

Sib baik ada sorang mamat sewel nih....


Sumpah... watak2 dalam ini dialog tidak ada kena mengena dengan yang idup atau yang mati. Kalau ada, hanya kebetulan.

Macamana aku leh ambik dia jadik kawan aku pun tatau.

Tapi yang penting.... kawan dengan dia memang best.

Sewel tahap abih idea nak layan.

Ok malas nak puji melambung. Orang sewel tak boleh puji2 sangat. 



Thursday, May 28, 2015

Pes Madu BBQ Abang Botak

Aloha....

Semalam bawak my laling princess (mlp) gi spital. Demam dah 3 hari. 

Alhamdulillah hari ni dah sihat (dan lasak).

Ok.... Hari ni nak tunjuk 1 produk. Produk orang kita. 



Bukan aku jual. Aku beli je...
Dah try. Senang je nak guna. Aku yang bertongkat ni pun leh buat.... Dan yang penting SEDAP....

Ekceli aku dah buat 2 hari lepas. Hari ni baru sempat nak hapdet.

Oleh kerana tinggal alone2 je kat rumah, ini jelah yang aku rasa lauk yang paling pantas & sedap yang mampu aku buat selain goreng telur.

Marinate 2 ketul ayam... Biar sat kasi dia bergaul mesra each other then campak dalam kuali. Kata tokey nya, lagi lama marinate lagi sodap... Aku percaya tu sebab marinate sekejap je pun dah sedap.


Abaikan kuali yg dah nak itam ni. Malas basuh lepas goreng telo kicap, terus je masuk minyak goreng ayam. Balik my laling bising kuali dia jadik cenggitu.

Cerita kuali :- kuali ni my mum yang kasi kat sumer menantu2 dia. 

Tadaaa.... Dah siap.



Ni kalau bakar pun sodap. Jadi macam chicken wing madu yang selalu jual kat pasar malam tu.

Sepeket RM20/500gm. Boleh untuk sekor or dua ekor ayam rasanya ni. Katanya boleh jugak untuk marinate daging, kambing & satay.

Kenapa nama Abang Botak??

Tu, gambar kat peket tu rasanya gambar kepala tokey dia.... ✌️






Tuesday, May 26, 2015

Soft boiled egg

Aloha....

MC sebulan lah kata kan...

Tapi hari ni tak nak citer pasal kaki. Tak nak citer pasal MC.

Ok... nak citer sikit je. Pagi2 lepas my laling off to work, terus aku tanggal mende alah keras macam batu kat kaki aku ni. So, macam bebas sikit bergerak walaupun dencut2.

Hari ni nak bukak cooking class. Ngeh ngeh ngeh.... 

Seperti tajuk diatas, hari ni kita belajar merebus telur. 

Saper yang dah reti, boleh click kat x ujung atas belah kanan. 

Aku baru hari ni reti selepas gigih gugel bagaimana nak rebus telur.

Ini bukan telur rebus macam telur orang kawen tu ye. Kalau telur tu, korang rebus lah berapa lama korang suka. Sampai air kering pun takpe. Tapi kalau orang jumpa telur yang aku nak ajar ni time kenduri kawen mesti tuan rumah kena umpat... 

"Huh!!! Telur tak masak kasi orang." or "sapo lah yg tak reti rebus telur nih..."

Tak tau nak buat telur ni kena ada skill.

Moh kita start....

Bahan2:- telur ayam, air, periuk, ais

Panaskan air sampai menggelegak.
Masukkan telur.

Part ni penting.... Set kan time 4 min. Ngam2 4 min.

Tapi aku guna 2 cara. Aku try dua2 jadi.

Cara pertama :-

4 min sudah, angkat telur tu masuk dalam air berisi ais. Nak stopkan proses memasak.

Ini hasilnya....




Make sure masa kupas tu jangan ganas. Kang tak sempat pecah di pinggan tapi pecah di tangan.

Cara ke 2 :-

Sama je macam cara no 1 tapi dah 4 min jangan angkat. Tutup api, biarkan dalam periuk tu lagi 2 min. Then baru angkat masuk dalam air ais tadi.

Hasilnya, putih telur sedikit keras tapi masih lembut dan kuningnya tetap creamy....



Yang ni my feberet.

Kalau aku buat half boiled egg pun aku akan biarkan lama skit. Kat kedai aku siap request rendam kasi lama sikit. Jadi macam ni.

Ini gambar bukan aku punya.

Sekian, sape2 yang terer buat ni, mesti akan berkata..... 

"Apa bangang punya entry!!!!!" 
















Monday, May 25, 2015

MC

Aloha.....

Sape tak suka cuti kan... Kalau MC tu depends lah dengan penyakit. Kalau sakit setakat so so je... syoklah. Dapat penyakit takleh bangkit2.... 


Nah.... Amekau!!!! Sebulan MC nye.

MC sebulan adalah syok kalau......

BOLEH BERJALAN!!!!!!

So, hargailah kaki anda. Hargailah apa saje yang ada pada anda.


Note : nak pegi dapur pun rasa sebatu jauhnya.