Sunday, September 13, 2015

Jerebu

Aloha....

Dah seminggu kot jerebu teruk ni. Tapi sehari dua ni rasa lagi teruk. Keluar je rumah dah bau asap. Rasa macam ada habuk2 bila bernafas.

Terbantut nak berjalan2. 

Semalam keluar jugak sebab nak visit kawan kat Ampang Puteri. Alang2 dah keluar, menyinggah lah sana sini. Malam baru balik. 

Hari ni tak kemana2.. Tutup sumer pintu tingkap. Air purifier memang bekerja keras.

Oh ya... Keluar kejap je tadi. Hantar kek kat kawan. Aku order kat neber sini. Hadiah untuk birthday girl.


Happy birthday Iecha. Ini hadiah dari Iris untuk Kak Iecha.

Lepas hantar kek, balik duk rumah. 

Tapi hidup mesti diteruskan.... Nafsu makan seperti biasa. Tak pernahnye terbantut. Part ni memang tak paham sungguh. 

So bermulalah kisah di dapur. 




Sambal tempoyak udang, gulai lemak labu, well.... labu lagi. Nak perabihkan balance labu beli sebijik minggu lepas. Kacang panjang tumis dengan hati. Sampingan lain, ikan goreng & sambal belacan.

Kalau dapat ais ni memang complete tapi mengenangkan tekak dah gatal2.... Lupakan aje.

Semalam ingat nak cari kasut jogging, tapi lupa. Dapat kasut lain... Ahaks. Ok abaikan..... Ada kasut jogging pun takleh nak guna jugak cuaca macam ni.

Nak selit kisah budak kecik ni..

Kejadian 2 hari lepas.

Aku bawak balik kek choc indulgence. 1 suap untuk aku, 2 suap untuk mylaling pincess. Pas tu letak kejap je kat tepi, sambil2 tengok tv. Dia lak duduk membelakangkan aku. Senyap je.... 

Senyap2 ada makna.... 



Ambikkk.... Dia punya keje. 

Dah satu keje menyental dia & dedi dia nyental baju. Sib baik tak kena rambut...

Kek tu tinggal suku, habih licin hoccay... 

Sekian cerita jerebu. Ni kalau karangan dapat 15/100 sebab cerita tak kena tajuk. Berjerebu otak nak baca...












Sunday, September 6, 2015

Aktif

Aloha...

Dah kul 10.45pm. Mylaling princess baru tido.

Malam ni memang dia aktif sangat sangat sangat. 

Berjoget, membebel, gelak, sengih, jerit, panjat.... Tak cukup panjat sofa & tangga,   mummy & dedi dia pun jadi mangsa. Belum lagi bab wrestling, selamba je dia smackdown aku & mylaling.

Padahal siang tadi penat berjalan.


Baik punya bertenggek kat food processor aku baru beli. Sepanjang q nak bayar mulut dia bising. 

Last sekali sebelum tumbang, dia seret aifon aku sambil merangkak. Dah macam naik skateboard dia buat henfon tu.

Mau cakap apa.... pandang dengan pasrah je lah. Sambil2 jeling dedi dia mintak simpati.

Dah... lepas ni tak yah dah kasi makan cekelat. Ni lah jadinya. Hyperactive....







Friday, August 28, 2015

Cerita birthday dia

Aloha....

Dah seminggu dah birthday my laling princess tapi tak sempat nak hapdet.

Mulanya takde plan pun nak buat birthday party dia. Maklumlah.... abang dulu tak pernah buat. Lagipun abang kan takde kat sini.

Tapi biasalah.... lain rupanya naluri kalau ada anak pompuan ni. Nak pulak babysitter dia dah menyebut2 nak buat birthday dia. Buatnya aku tak buat nanti harus dia buat kat rumah dia.

Plan asal nak buat siang Sabtu 22/8/15. Tapi dah taman rumah aku ni nak buat jamuan raya. Last2 terus set hari Jumaat malam. 

Jemputan hanya adik beradik dan jiran2 sini je. Tapi memang meriah. Maklumlah, mlp ni ramai kawan2 kat sini.

Tak sempat nak snap pic sangat sebab memang tak menang tangan melayan tetamu. Kesian.... sampai ada yang berhimpit2.

Jom layan gambar....


Ini 'kawan2' mlp. Derang yang tolong tiup belon. Harap aku, memang ak berbelon lah.




Kek tu aku yang buat hoccay. Oreo cheesecake. Lepas tiup lilin, tak sempat potong, budak2 dah rebutkan M&M kat atas tu. Terkebil2 mlp sebab dia tak boleh makan lagi.

Antara family aku. Kakak2 & anak2 sedara.


Ni dah pukul 11 lebih tapi dak kecik ni menten lagi.... Bertambah dah toys dia. 

Minggu ni abang dia balik. Dah janji, abang balik celebrate lagi sekali birthday adik. 

Just order Red Velvet cake.



Lepas tiup lilin, lagi sekali mlp terkebil2 tengok abang makan kek dia....













Sunday, August 23, 2015

Time really flies...

Aloha....

Iris Marissa from 0 to 1 year old in no time....









Dia dengan gaya duduk bebas. Dengan short pant, baju tido, jubah.... duduk cara yang sama.


Latest.






Dia 1 tahun

Aloha....

Semalam birthday my laling princess. Sekejapan dah 1 tahun. Rasa macam tak percaya pun ada.

Bangun pagi rasa macam sebak lak anak dah setahun. Takut nati rindu nak berbaby lagi... Ahaks... 

#throwback

Masa mula dapat tau peknenkan mlp, rasa macam di awang2an. Emosi bercampur baur. Antara suka & takut & was2 & tak percaya. 

Rezeki berganda sebab time tu laling jr baru dapat result PMR. Happy abang berjaya tak habis lagi, dapat lagi 1 berita gumbira.

Tapi time tu gumbira tak gumbira lah... Sebab masa 1st checkup doc tak dapat konfemkan kandungan ni normal ke tak.

Dari scan yang dia napak, macam molar pregnacy. Memang tak leh simpan.

Kan.... Happy sat je.

Tapi doc tu suruh lak pegi specialist. Dia taknak konfemkan apa2 since dia dah tau history aku dulu. Sorang meninggal. 1 lagi miscariage.

Bila pegi specialist, pun napak macam bende yang sama. Sampai 2 kali check. Sementara nak tunggu check kali ke 2 (same day) aku dengar je surah Al-Waqiah. 

Masuk kali ke 2 doc check, dia kata MAYBE normal. Baru nampak....

Sejak dari tu, tiap minggu dah jadi rutin kami berulang ke hospital untuk buat checkup. Tiap kali check, doc scan. 

Sampai lah ada heartbeat, baru doc cakap congrats..... 

Tapi episod checkup setiap minggu tak habis di situ. Sampailah kandungan 5 bulan baru lah doc kata checkup 2 minggu sekali. 

Masa check every week tu sampai kena mintak skip checkup dengan doc. Punya lah tak larat nak berulang le hospital. Kos tu usah ceritalah. Setiap kali checkup je RM100-200. Sebulan 4-5 kali. 

My laling kata, takpe.... duit boleh cari. Yang penting semua selamat. 

Siyesli... Kami serik dengan kes2 dulu.

Doc tu pun memang monitor abis sebab dia jugak yang handle kes aku dulu tu. So dia paham... And, dia jugak yang buat IUI aku tu.

Masuk 5 bulan dah boleh datang 2 minggu sekali.

Tapi.......

Masuk bulan ke 6, bleeding pulak. Dah kena check balik every week. 

Time ni kejap2 mc.... Takleh jalan sgt, takleh banyak gerak...

Dah mula takut balik.

Tapi ada hati lagi nak skip checkup. Boleh skip tapi tetap kena report kat doc jugak. At one time doc gi umrah, tetap jugak kena kasi report. Ingat tak nak ganggu dia kat sana tapi dia lak yang whatsapp tanya... Baru nak ngelat...

Sampai lah kehujung2 pregnancy, rasa takut2 masih ada. 

Sepatutnya mlp lahir awal bulan Sept tapi kena awalkan sebab dia dah tak membesar. Berat menten je naik 4kg. 

Memang kami pilih kaedah c-sect dari awal. Dan doc pun advise yang sama. 

Makanya hari yang dipilih 21/8/14 sebab bersamaan hari Khamis. Abang2 dia dulu semua hari khamis jam 4.15pm. Cuma dia je tercepat 3.15pm. 

Dengan berat 2.6kg, dia membesar dengan sihat. 

Menjadi peneman kami dikala si abangnya berada jauh dari mata. Menjadikan rutin kami berubah sepenuhnya. Tunggang langgang buat permulaan.... tapi membahagiakan.

Iris Marissa nama diberi....

Penghibur hati kami.....

Rezeki kami...

Amanah Allah....









Friday, August 7, 2015

Cuti free

Aloha...

Hari ni aku cuti. Cuti free...

Ekceli bukan lah free sangat, sebab ada hari2 tertentu working hours di extend sampai kul 6pm & 6.30pm.

Alaaahhhh.... No hal lah tu. Hari biasa pun memang balik time macam tu. 

Cuti ni pun sebab area ofis aku jalan banyak tutup sebab ada buat City Grand Prix. Yang lumba2 keter tu.

Area yang terlibat betul2 area golden triangle. Ofis aku memang takde jalan masuk lansung. Memang patut pun kasi cuti.

Yang mana nak masuk area situ kena ada pas. My laling dapat pas tu. Tatau mana cara dia nak sampai ofis pagi tadi.


Aku dapat memo cuti tu pun petang Rabu time orang dah balik. Aku pun dah feeling2 dapat tengok free sebab workstation aku tu betul2 tepi tingkap. Jenguk je dapatlah tengok.

Tapi.... dapat cuti free, demam lah pulak. 


Wednesday, August 5, 2015

Nasib baik.....

Aloha...

Baru lepas update pasal my laling tukar fon. Bangga, letak gambar anak kat fon...

Ahad hari tu aku makan kat kedai. Dekat2 area rumah je. Time tu my laling princess ada buat pangai sikit. Dia nak tido ekceli.... mak pak nye sibuk nak mentekedarah tanpa memikirkan perasaan anak.

Makan pun dah macam sotong tangan ni sebab nak pegang mlp lagi, nak menepis tangan dia yang macam sotong jugak itu nak ambik ini nak ambik, nak menyuap lagi. itu pun bergilir dengan ml. Pun sama tangan dedi dia pun macam sotong.

Setel makan terus balik. Tak dan sampai rumah, mlp dah lelap.

Time tu belum lah malam lagi, baru pukul 6 lebih. Makan awal sebab lunch tak makan. Makan breakfast kat open house rumah neber je.

Makan tu kul 6ptg, kul 9 mlm baru ml dok carik fon dia. Atas bawah, dalam bilik, keter, bilik air sumer dah cari. Miskol banyak kali tak dengar. Dasar suka silent kan fon, gini lah kekdahnya..

Kali ke berapa tah kol lagi, ada orang jawab.

"Akak tinggal fon kat kedai ni...."

Sekian..... nasib baik tak hilang.