Wednesday, October 14, 2015

Cuti

Salam Maal Hijrah....

Tiada yang lebih indah selain dari off day... Weeeee.....

Malam tadi hujan sepanjang malam. Bab2 tarik selimut tidur meringkuk (?) macam tenggiling tak yah citer lah. Heaven....

Pagi ni cuaca cerah nyaman. 

My laling princess bangun macam biasa. So takyah nak verangan2 nak berguling sampai matahari terpacak atas kepala.

Bangun, siap2 moh bekfas.

Warung Kak Lin Sinar Pagi.
(Kalau dia pasang radio Sinar Pagi dah kena sangat lah tu)




Ni senarai roti canai. Selain tu ada nasik lemak berbagai lauk, nasik dagang, kerabu, laksam siap bungkus2, kuih muih. Ramai tadi ambik donut besar. Sedap kot. Napak jugak orang ambik goreng2 panas - nasik goreng, mee goreng.... 

Katanya special kat situ mee/bihun sup tulang. Tengok cili kicap & jeruk atas meja pun dah kecur ayaq liuq.

Femes katanya tempat nih. Orang memang penuh lah time2 cuti.

Kat merbau sempak. Aku nak kasi direction tak reti. 

Tapi ni nama jalan yang sempat aku snap.


Meh lah try. Rendang paru memang best... Banyak lagi food lain tak sempat nak snap sebab nak rebut table.

Agak2 ada yang dah siap makan tapi mengada2 nak belek henpon, jelingkan aje sambil2 sandar kat meja tu. 








Tuesday, October 13, 2015

Annual Dinner 2015


Aloha....

Ahad lepas annual dinner ofis. Kat mana? Seperti biasa lah..... Memang depa dah sign kontrak mati kat situ. Almaklumlah.... Dapat diskaun sebab hotel sendiri.


Aku pun agak lama jugak lah tak attend mana2 event ofis nih. Bukan anti social tapi..... entah lah....

Kalau dah tiap tahun tempat yang sama, tak ke rasa nak muntah ijo. Event2 yang lain selalunya buat lepas ofis, lagilah malas nye.

But this time dah ada kerajinan sikit nak join depa berfoya2.

Disebabkan tahun ni mylaling princess ada, makanya timing untuk hantar or ambik aku kena betul2. Dulu senang sebab boleh bawak spouse. Nowday, sori..... bajet yelekkkk. 

Last2 nak senang, aku angkut je dua beranak tu kat ke hotel. Ambik bilik, senang cara.

Nama dah hotel kompeni sendiri, mestilah dapat rege staff. Tak pasti rege ni dapat time ofis ada event je ke or anytime leh dapat. 

Kalau check balik kat website hotel rege leh tahan lah. Dari nak duk situ bayar RM400-600, baik aku ambik GL PD. Siap ada private pool lagi. 

Hari tu aku dapat RM254.40. Mana datang 40sen tu pun aku tak paham. Ini include breakfast. Kalau check kat Agoda or mana2 agent boleh dapat rege tu tapi without breakfast.

Oh ya..... Breakfast je dah mahal ye. RM53/pax. Tapi ada berbagai2 lah. Bukan setakat 7, 8 jenis. Dari western, malay, mamak, jepun, cina.... Sumer ada. Mau berpuluh jenis. Memang tak terambik sumernya. Rasa pun not bad. Patutlah dia bukak dari kul 6am - 11am. 

Tapi, tak terlintas lak aku nak snap pic. 

Tengah2 breakfast tu aku terperasan ada 1 group ni pandang2 mlp. Seperti biasa, minah ni pantang orang agah, tegur, menyengih menjadi2. Bila aku pandang.... macam ku kenal yang sorang ni. Kawan aku yang kasitau sape dia tu.

Ooooooo.... Si Bila AF rupanya. Yang comei2 tu. Lagi sekali, aku tak terlintas nak amik pic together2 dengan dia. Apa punya mamai lah aku nih. Dah habih borak2 sikit & mlp babai babai flying kiss bagai dengan derang aku naik bilik. Dalam lif baru teringat nak ambik pic. Idoklah nak turun balik. Mylaling memang dah naik awal sebab dia ada kerja nak buat. 

Rupa2 nya tu sumer budak2 AF yang masuk final malam tu. Sori lah dik..... ahkak kenal Bila tu je. Itu pun sebab laki ahkak minat kat dia. Asyik dok citer suara dia best. Tapi votenya idok..... Time konsert final live tu pun ahkak dah berdengkur. Ampun kan kami ye.

Panjang ni nak citer.....

Balik pasal breakfast tadi tu, walaupun food dia banyak tapi masih mahal. Nak tau mahal ke tak, tengok ni....


Ini room service nye menu. Fine.... Nama dah room service mesti lah mahal kan.

Tapi kalau amik cereal+milk, juice, local fruit, coffe/tea dah RM35...... dapat berkotak2 cereal dah tu.

Menu lain usah citer lah...

Bab bilik pulak, aku ambik deluxe twin. Bilik boleh dikatakan besar lah untuk berdua. Boleh berlari2 anak. Senang mlp nak gerak.

Yang penting, bersih & mesra kanak2 sebab takde sangat furniture yang bahaya. Kabinet, drawer, closet sumer mlp tak boleh bukak. So, risiko tangan tersepit tu takde. Tapi tetap ada insiden tersepit jugak sebab aku tak perasan masa bukak pintu sikecik tu dah menyelinap pegang pintu. Tapi tak kuat sebab aku pegang pintu tu. Nangis tetap nangis.







View, kami dapat view masjid Shah Alam.
Pagi2 dengar azan subuh... Syahdu.


Tu anak boss sedang menikmati view. 




Malam tu time nak siap2 nak gi dinner tu mlp dah perasan dah. Asyik duk pegang kaki aku je. Nak keluar tu dedi dia bawak nyorok dalam toilet.

Ingat hati kejap2 nak lah naik bilik tapi lupakan lah kalau dah macam tu. Silap2 naik tak dapat turun dah. Cakap nak gi work pun tak jalan sebab dedi tak work pun.

Overall, nasib baik jugak lah bawak derang stay situ. Aku leh siap lambat. Tak payah susah2 nak kena antar or ambik. Takdelah ml nak angkut mlp tengah tido nak jemput aku. Then, kebetulan ml ada keje nak kena setel, boleh lah dia buat keje dengan aman sebab mlp dah tido awal kepenatan.

Mylaling jr ada kol malam tu tapi ofkos lah tak citer mummy dedi & adik ada kat mana.... Ngeh ngeh ngeh... Kalau tau, tekanan perasaan nanti. Takpe, abis peksa nati kite gi holiday ye darling.

Dress? Pakai je apa yang ada. Takde beli2 nye. Recycle balik yang 5-6 tahun lepas. 
 
Credit pic to Zureena
 
Lucky draw? Huh.... tak pernah nye lucky. 

Ni budak hepi tiap minggu tido hotel. Next week check in kat Kuantan lagi.









Monday, October 5, 2015

Visit my laling jr

Aloha...

Sabtu lepas aku gi visit mylaling jr. Ekceli sekolah dia ada buat majlis perjumpaan guru & parents. Lepas tu ada solat hajat.

Kami gerak dari sini kul 4am. Plannya nak sampai sana kul 9am. Main angkut je mylaling princess masuk kereta. Dia tido sampai Gambang. Masa tu dah kul 6am. Puas jugak lah nak suruh dia tido lepas tu. Tapi last2 tido jugak. 

Sampai kat LPT my laling dah tak larat nak drive. So aku lak take over.

Takpelah... Demi anak bujang sorang, jauh pun jauh lah.

Sampai sana dalam sebelum kul 10. Singgah kat masjid, siapkan mlp. Pakai comei2 nak jumpa abam.

Sampai sekolah abam, masuk je dewan kawan2 abam jadi tak tentu arah tengok mlp. Dah jadi kecoh pulak 1 dewan budak2 pompuan serbu mlp. Sampai mlj cakap dorang tu macam nak makan adik. 

Aku yang tengah pimpin mlp jadi segan sebab 1 dewan tengok. Bajet macam retis.

Yang dak kecik ni pun tersengih2 kat sumer orang. Pantang hulur tangan, nak aje. 

Masa cikgu tengah kasi speech tu aku saje biarkan mlp merayau sebab dia bukannya nak duduk pun. Bila budak2  panggil, nak pulak dia datang. 

Bak kata tu senang keje aku hari tu. Dapat aku jumpa cikgu2 tu dengan aman. Last2 sampai kena cari mana dorang bawak sebab dah pass sana pass sini. 

Memang dia pandai jaga mummy dia nye water face. 

Memang glamer dia hari tu. Mana pegi dengar orang panggil nama dia je.

Haaa... Tu pasal mlp.

Ni pasal abam dia pulak.

Lagi sebulan ni abam nak exam. Memang ketaq kecut perut dah mak pak nye.

Kat sana dah ada peluang jumpa cikgu2 dia, memang aku & ml tanya habis2an lah. 

Cuma yang aku tak puas hati, tak semua cikgu dia aku dapat jumpa. Cikgu2 yang subject dia lemah sikit semua aku tak dapat jumpa sebab takde.

Dah lah sebelum tu masa cikgu buat presentation, cakap result diorang menurun. Since awal tahun dah nampak merosot. Tapi..... baru sekarangnya nak panggil parents. 

Then ada few things lah yang parents tak puas hati dengan cikgu2 ni. Bukannya nak kata tak appreciate apa cikgu buat dan bukannya nak kata cikgu2 ni tak buat apa2. Tapi cara diorang menyampaikan statistik tu macam dah give up dengan budak2 ni sampai kena panggil parents untuk tolong pantau anak masing2. Siap boleh offer lagi siapa nak datang tiap malam bantu anak masing2 study, dipersilakan.

Lagi sebulan nak exam baru nak panggil.... Kalau duduk depan pagar sekolah, boleh lah.

Ada lagi lah isu2 sekolah ni yang buat aku & parents lain macam tak puas hati.

Biasalah aku kan.... tak puas hati mana boleh simpan. Tapi cari cikgu incharge yang ganti pengetua yang bersara pilihan, takde pulak. 

Molek sangat kan.... Jemput parents datang untuk majlis perjumpaan cikgu & parents tapi cikgu takde. Ada pulak yang kasi reason cikgu duduk jauh. So, aku tak jauh??? 

Time tu tak dapat cari cikgu, takpe....  aku simpan dulu. Kesian kat mlj sebab dia dah macam serba salah. Dia tau mummy dia ni ada simpan rasa tak puas hati. 

Otw balik KL aku try dapatkan nombor PK HEM yang ganti pengetua tu.

Dah dapat.... Apa lagi.... Memang satu2 lah aku luahkan apa yang terbuku.

Bila aku cakap ramai cikgu takde & aku cari dia hari tu, dia boleh tanya aku sampai kul berapa. Dia ingat aku dari jauh, takleh sampai on time... Bila aku cakap aku ada kat situ sebelum event start sampai habis, baru dia cakap cikgu2 tu busy. Memang kena sound direct lah dengan aku. Tak patutlahkan... Jemput parents datang tapi diorang takde. Tau pulak tu dia yang aku dari KL bila aku cakap dari jauh. Aku rasa, aku je yang paling jauh yang datang.

Nasib baik dia admit semua tu salah diorang. 

Aku bukannya nak cari silap siapa2. Aku hanya cakap apa yang aku rasa tak betul. 

Sampaikan pasal aku susah nak contact mlj sebab fon masing2 dah kena serah kat cikgu pun aku luahkan. Siap cikgu tu cakap, kalau rasa nak contact mlj, kol je dia. Nanti dia akan panggil & guna henfon dia. 

Kang aku kol tiap malam kang..... Jangan cuba cari pasal dengan aku.... Datang angin 'aku peduli apa'... aku kol je sehari 3 kali.

Haihhhh.... Sekarang ni mampu doa je lah dari jauh. Aku nak push dia sangat pun kesian jugak. Aku percaya, mlj dah buat habis baik dah tu.


Tuesday, September 29, 2015

Luggage

Aloha....

Ni dah nak masuk hujung tahun dah ni. Tak sabar nak masuk tahun depan. Bukannya apa, tak sabar nak penuhkan balik annual leave & mc. Tak sabar nak holiday....

Rasa macam dah lama tak gi holiday mana2. Yang betul2 holiday... Passport pun dah expired. Tak sabar nak buat passport dak kecik tu sebenarnya.

Plan untuk tahun depan memang macam2 tempat lah nak pegi. Jadi tak jadi tak tau lah. Buat list je dulu...

Tapi main plan adalah..... Jeng jeng jeng..

Persiapan kena buat awal2. Standby je nih. Iternary pun tak start buat lagi. Mau makan tahun nak buat ni.

Mula2 sediakan beg dulu. Ekceli nak cari beg untuk my laling princess je. Tapi, biasalah kan... mesti lah nak match sama abang dia. 

Kitorang nye luggage kaler hijau. So, nak cari yang size kecik kaler hijau, takde pulak yang sama. 

My laling jr pulak nak jugak cabin size luggage. Senang dia bawak masuk dalam flight katanya. 

Oklah... Oleh kerana adik belum nak guna lagi, so cakap kat abang, abang guna adiknya dulu. Maknanya, beli beg adik tapi abang guna. 

Sebab kaler hijau takde, aku nak je ambik kaler pink. Dah tak jadi sebab takkan abang nak guna kaler pink. Terpaksa cari kaler lain... Tapi dalam hati, tetap jugak aku nak cari kaler pink. Atleast dari jauh orang dah nampak. 


Yang putih tu pun aku kenan. Tapi biasalah sorang lawan 2 susah lah nak menang. Dorang tak suka...


Nak yang silver, mlj taknak. 

Haishhh... Nak pilih beg je 3 jam. Macam2 demo dah orang kedai tu buat. Duduk, pijak, ketuk, baling..... siap mlj pijak sepak bagai dah.

Ada yang berkenan, tapi takde kualiti. Yelah, beg ni ada macam2 jenis. Ada yang jenis keras kat luar (hard shell) ada yang jenis fabric. Aku prefer yang hard shell with striking colour. 

Seboleh2 nak yang murah, tapi kualiti bak bagus. Standard lah kan....

Setelah 3 jam membelek semua beg yang ada dapat lah jugak aku tau serba sikit cara2 nak pilih beg. 

1) Harga - ofkos lah nak yang murah tapi ada kualiti. So, aku tak pentingkan sangat brand. 

2) Jenis - macam aku cakap tadi, nak yang hard shell atau yang fabric. Tapi make sure yang water proof. Kalau yang hard shell kena pilih yang anti breaking cover. 

3) Security - ni pun penting. Banyak beg yang murah & cantik. Tapi, selamat ke? Selamat maksud aku, selamat tak barang  kita kat dalam tu. Kalau travel by own car, tak jadi masalah. Ni cerita kalau naik flight. 
Yes, kita cari yang boleh lock. Tak kira lah lock macamana. Letak padlock sampai 8 pun kalau orang nak curi, tetap boleh. 
Macamana? Kat zip beg tu. Ambik pen, cucuk, bukak, ambik barang, tutup balik. Dah banyak kes orang hilang barang cara macam ni. 
Tak paham? 



Tapi banyak dah brand yang dah buat double layer zip. Lupa dah dia panggil apa. Kalau nak, cari yang anti thief. 

4) Ciri-ciri lain :-
Yang ringan - Kalau naik flight, kena ambik kira berat luggage. Kalau lebih dari limit yang dibenarkan tu, dah kena bayar. So, kalau beg kosong pun dah berat, letak barang lagi tambah berat. Dah rugi. Selalunya dalam range 1.5kg to 4kg ikut size. 
Size - biasanya standard - 20", 24" & 28". Hanya size 20" kebawah aje yang boleh bawak masuk cabin/hand carry. Lebih dari tu kena masuk kat tempat beg. 
Wheel - cari yang advance sikit. Yang ada 8 wheels. Boleh pusing 360degree. Boleh tahan bumping & pressure.
Warranty - ada yang takde warranty. Ada yang warranty sampai 10 tahun. Ada yang 3 tahun. Ikut brand kot.
Water proof.
Expandable - boleh besarkan sikit beg tu.
Anti scratch - takut lama2 nampak buruk dah nak beli beg baru pulak.
Tambahan - aku suka kaler yang striking sikit. Dari jauh dah nampak. Kalau hitam or gelap, banyak yang serupa. Kadang2 dari jauh nampak beg dah keluar, bila pegang je bukan kita punya. Kadang2 kena tunggu beg tu pusing balik, sebab tak perasan beg kita dah lalu. 

Pic cilok dari google.

Extra2 lain, boleh jugak nak beli cover beg. So, kalau kena campak, tindih, himpit beg tu tak lah calar. 

Aku pernah nampak ada jugak yang balut luggage dorang tu dengan plastic wrap tu. Tapi aku tak pasti macamana kalau kastam kata nak tengok isi dalam. Nak kena buka balik ke?

So, kalau rasa ciri2 kat atas tu tak penting, maka boleh aje beli kat lazada. Below RM400 dah boleh dapat set of 3. 


Cantik tapi tak sure kualiti macamana. Kat situ tulis harga asal RM1000++ tapi ada diskaun. 

Well... terpulang. Sebab aku pernah survey brand Samsonite. Memang mahal lah... Bila aku  compare dengan Lazada punya Samsonite, sales person tu ajar macamana nak tau ori atau tak. Part tu aku dah lupa how. Tapi memang terang2 lah ada beza.

Ekceli aku pun teringin jugak beli kat Lazada tu sebab murah & cantik. Maybe untuk buat pakai travel dekat2 je. Tapi siaplah kena jelingan berapi dari my laling. Beli banyak2 beg buat apa....


Ni lah cabin size bag untuk minah tu tapi abang yang guna dulu. Last2 yang hitam jugak dia nak. Ada chance adik punya beli lain. Nak cari yang size 16" or 18" kot, comel sikit. 

Ye ye je dedi dia kata biar dia 2 beradik beg kaler sama... Kalerful lah jawapnye kalau dah masing2 taste lain2. 















Sunday, September 27, 2015

Jerebu lagi

Aloha....

2 hari ni jerebu lagi....

Pasrah je lah duk dalam rumah.

My laling jr dah balik semalam. Nasib baik selama seminggu cuti tu tak lah teruk sangat jerebunya. If not, semputlah jawabnya. Dan nasib baik si adik masih boleh bertahan....

Semalam mlj balik naik bas je. Hari tu dia balik sini beli tiket one way je. Sebab dia tak decide nak balik hari apa ke sana. Then dia kata nak pegi rumah kawan dulu kat Jerteh. 

Last minit cari tiket bas dah habis. Tiket flight dah cecah 200++. Ikut dedi dia, suh amik je tiket flight tapi dia taknak sebab tak dapat contact kawan lain yang naik flight. Dia tak nak kuar duit sorang2 bayar taxi dari epot ke sekolah.

Atleast kalau ada kawan dia boleh share. Taxi je dah RM90. Dia kata boleh makan 2 minggu tu. Mak paknye kuar duit dia tak rasa...

Hari tu gi TBS - Terminal Bersepadu Selatan. Besar jugak tempat tu dan selesa. Tak tau lah kalau time cuti festival macamana.... 


Cuma jauh je dari tempat kitorang. Sebab tu dedi dia prefer dia naik flight turun kat Subang, dekat sikit.

Meh kita compare naik bas vs flight.

Bas - tiket RM50++, bas malam, perjalanan 6-7jam. Turun kat TBS Cheras, jauh nak ambik.
Flight - tiket RM60-150. Anytime - tapi biasa ambik petang sbb cikgu hantar lps sekolah. Perjalanan 1 jam. Turun kat Subang 20min dari rumah. Selalunya sebelum boarding dia call, bajet2 dah 1/2 jam fly, baru kitorang gi ambik.

See.... Mana lagi jimat?

Tapi takpelah sekali sekala dia nak merasa naik bas.


Tu tengah gigih cari tiket. Tak puas hati kakak kaunter kata dah habis. 

Dia try jugak cari ke Kuantan, Besut & tah mana lagi tah.... Konon2 transitlah kat mana2 then cari bas lain. Jangan nak buat hal lah nak....

Last2 serender... Memang takde lansung dah.

Pilihan yang ada, naik flight or kami hantar. Dan dia tetap tak nak naik flight. Datang ketegaq dia kat situ.

Tapi dia tak nak kami hantar jugak sebab dia nak suruh datang next week. Ada majlis parents jumpa cikgu katanya. Pas tu sekolah ada buat solat hajat.

Dah tu??

Balik rumah, dia gigih menggugel pulak. 

Part ni aku tak paham sangat. Tadi kat TBS kata sumer tiket dah habis. Sumer jenis bas.... Tapi bila dia call Sani Ekspress, ada lagi. Direct ke Setiu/Jerteh. Naik kat Sani Terminal -Meru. 

Macamana kat TBS kata dah habis? Padahal bas yang sama akan pergi ke TBS ambik penumpang kat sana. 

Memang aku & dia dah check Sani Ekspress kul 9.00 or 9.30am penuh. Bas yang dia naik dari Meru kul 8, sampai TBS kul 9-9.30. Bas yang sama kan?

Konfius haihhhh....

Ok takpe... Lupakan. Dia dah selamat sampai pun kat sana. Siap terus ke Jerteh dulu singgah rumah kawan. Malam baru balik ke sekolah.

Lagipun last pun kot nak naik bas nye Lepas ni dah tak balik sebab nak exam dah. Pas tu kami ambik sebab dah habis sekolah.

Huishhh... Nak exam dah. Ketaq perut mak pak dia.

Meh imbas sebelum balik hari tu....



Gigih adik tolong abang pack....

Oh ya, tu bag baru... Ada citer jugak. Tapi later2 ye.

Update : ada jugak hikmahnya dia nak naik bas.... Kalau tak, tak lepas balik lah.

Sumber : Metro Ahad











Sunday, September 20, 2015

Cuti sekolah

Aloha.....

Cuti sekolah... Cuti sekolah... Cuti sekolah.

Tengah pikir nak story apa.

Cuti kali ni tak plan mana2. Mula buat jugak plan tapi tak jadi. Nasib baik boleh kensel booking. Ingat nak gi Sungkai Hot Spring. 

Raya haji pun tak ambik cuti. So, duk rumah dendiam je.

Bahang2 SPM dah hangat terasa. So mylaling jr dah kecut perut. Mak pak dia apatah lagi... 

Sebelum balik dia dah cakap tak nak pegi mana2. Dia nak study. Kalau boleh nak tusyen.

Dia balik Jumaat lepas, pagi Sabtu dah start tusyen. Panggil cikgu datang rumah. Makanya dengan kitorang2 sekali terjebak tak kemana.

Dia ambik tusyen 8 jam, setiap hari 2 jam bermula hari Sabtu sampai Selasa. Tapi lepas tu dia kata nak extend lagi sampai Jumaat. Total jam semua 12jam. 

So far dia kata ok & faham. 

Cikgu perempuan datang dari Shah Alam. Esok2 kitorang gi keje, cikgu tu will bawak mak or adik dia ikut sekali. Ok lah... aku takde masalah macam tu. 

My laling kata dia nak balik Jumaat ni. Mmmm..... tiket tak beli lagi.

Nak selit cerita bergambar sat.

Hari ni buat asam pedas pari.


Sekian......






Sunday, September 13, 2015

Jerebu

Aloha....

Dah seminggu kot jerebu teruk ni. Tapi sehari dua ni rasa lagi teruk. Keluar je rumah dah bau asap. Rasa macam ada habuk2 bila bernafas.

Terbantut nak berjalan2. 

Semalam keluar jugak sebab nak visit kawan kat Ampang Puteri. Alang2 dah keluar, menyinggah lah sana sini. Malam baru balik. 

Hari ni tak kemana2.. Tutup sumer pintu tingkap. Air purifier memang bekerja keras.

Oh ya... Keluar kejap je tadi. Hantar kek kat kawan. Aku order kat neber sini. Hadiah untuk birthday girl.


Happy birthday Iecha. Ini hadiah dari Iris untuk Kak Iecha.

Lepas hantar kek, balik duk rumah. 

Tapi hidup mesti diteruskan.... Nafsu makan seperti biasa. Tak pernahnye terbantut. Part ni memang tak paham sungguh. 

So bermulalah kisah di dapur. 




Sambal tempoyak udang, gulai lemak labu, well.... labu lagi. Nak perabihkan balance labu beli sebijik minggu lepas. Kacang panjang tumis dengan hati. Sampingan lain, ikan goreng & sambal belacan.

Kalau dapat ais ni memang complete tapi mengenangkan tekak dah gatal2.... Lupakan aje.

Semalam ingat nak cari kasut jogging, tapi lupa. Dapat kasut lain... Ahaks. Ok abaikan..... Ada kasut jogging pun takleh nak guna jugak cuaca macam ni.

Nak selit kisah budak kecik ni..

Kejadian 2 hari lepas.

Aku bawak balik kek choc indulgence. 1 suap untuk aku, 2 suap untuk mylaling pincess. Pas tu letak kejap je kat tepi, sambil2 tengok tv. Dia lak duduk membelakangkan aku. Senyap je.... 

Senyap2 ada makna.... 



Ambikkk.... Dia punya keje. 

Dah satu keje menyental dia & dedi dia nyental baju. Sib baik tak kena rambut...

Kek tu tinggal suku, habih licin hoccay... 

Sekian cerita jerebu. Ni kalau karangan dapat 15/100 sebab cerita tak kena tajuk. Berjerebu otak nak baca...