Tuesday, June 23, 2015

Demam

Aloha...

My laling princess demam. Dah 4 hari. Semalam dah pegi klinik, doc cakap tekak dia merah. Patutlah dia tak berapa nak nyusu & makan.

Mulanya doc suh refer hospital tapi pas tu dia kata try antibiotik dulu. 

Hari ni ada masa demam tapi dah mula nak makan.

Demam kali ni lain sikit. Merengek tu lebih. Dah 2 hari kitorang bergilir berbuka. Dedi nya pun dah 4 hari tak gi tarawih.

Tapi bila dah ok sikit dia punya lasak usah citer lah.... 

Sampai kaki aku dah bengkak semula asyik dok ngejar dia.

Sakit.... Huhuhuhuhuhu....



Monday, June 22, 2015

MC lagi...

Aloha.....

Biarlah gambar berbicara.....


Ekspresi : YABEDABEDOOOOO......!!!!!

Hamik kau.... Puas hati den.....

Hari ni dah 5th Ramadhan. Semalam birthday my laling jr (kalendar Islam).

Semalam jugak father's day. Konon2 father's day nak suruh my laling cook for berbuka.

Boleh???..... Boleh aje... Mother's day hari tu aku masak.

Tengah pikir2 nak masak apa, my sis kol kata ada bawak lauk dari kampung. Mak dah siap bungkus untuk 4 beradik. 

Ml pun senyum je dapat lauk import. Takyah masak..... Sanggup pulak tu gi ambik kat Ampang. 


Lauk import - Gulai lemak ikan + kacang panjang, ayam masak kicap, sambal udang.
Lauk sendiri - ikan goreng (dulu semlm punya x usik), pecal (x cukup bahan), cekodok (marbeles).


Napak udang tu? Ada lagi balance boleh panaskan hari ni.

Kalau tengok pada lauk2 tu, aku tau tu selera sape. Gulai lemak - abang, Ayam masak kicap - anak2 sedara, Udang sambal - ml & adik aku. Aku punya, next week balik baru aku order. 

Sambal itam Pahang yang aku order pun sekali my sis bawak balik.This time aku ambik 50 sebab ramai orang nak. Buat stok bulan puasa. Hari ni despatch akan buat penghantaran ye kawan2. Sape nak ada tinggal lagi 4. 

Ok, today ai is alone. Ai nak goyang kaki....













Sunday, June 21, 2015

Father's day

Aloha....


                              To
                         My Laling


Sape kata daddy yg berbabywearing tak macho.....??





Friday, June 19, 2015

Babysitter

Aloha....

Hari ni masuk 2 Ramadhan.

Semalam aku tak hantar my laling princess. 1st Ramadhan, kasi chance babysitter dia layan kerenah anak2 berbuka puasa. 5 orang anak, mesti macam2 permintaan. Walaupun dia jaga mlp sorang je tapi takpelah.... Aku pun dah boleh dah nak kejar sikecik ni.

Hari ni pun aku tak hantar. Alah... Sehari je lagi. Esok cuti, next week aku dah start keje. 

Tapi pagi lagi my laling kata babysitter dah tunggu mlp depan rumah dia. Bila ml cakap hari ni pun tak hantar dia siap whatsapp lagi suruh hantar time nak masak nanti. 


Agaknya semalam anak dia datang tengok mlp, aku tak start masak lagi... dia kasitau mak dia. Masa tu kul 5.30, mlp baru bangun tido.

Anak dia yang F3 (twin) pun boleh cakap "kalau aunty antar adik, boleh mak jaga, kitorang masak....."

Aduuuhhh.... Bagusnya dapat anak dara macam tu. 

Tengoklah camne nanti.

Memang macam tu lah dia. Kalau 3 hari tak jumpa mlp, dia akan datang rumah. Kadang2 siap kidnap kejap bawak balik.

Memang nampak betul dia sayang sangat kat mlp ni. Asben dia pun cakap. Tiap malam tengok gambar mlp. Nak nak kalau hari cuti. Anak2 dia pun cakap macam tu. Budak kan cerita yang benar.

Alhamdulillah aku dapat babysitter macam dia. Itupun dulu merayu2 nak suruh dia jaga. Dia bukan tak nak tapi komitment dia nak ambik & hantar anak pegi sekolah.  Last2 dia setuju... Nasib baik anak2 dia dapat tumpang orang pegi balik sekolah. Kadang2 je dia pegi jemput so bawak lah mlp sekali. Mak minah tu suka sangat lah dapat jalan2...

Asalnya mlp ni mil aku yang jaga. Bila abah kena stroke, tu yang kelam kabut sikit. Memang nekad berenti keje 24h time tu.

Kalau ikutkan ml memang taknak hantar kat orang or amik orang gaji. Tapi sebab dah tengok sendiri macamana babysitter ni jaga mlp dulu masa aku berpantang. Dia lah yang datang tiap hari jaga aku dulu.

Konon2 nya aku nak suruh dia jaga dalam setahun je tapi dia pulak siap cakap nak jaga sampai besar. Dia nak hantar pegi sekolah.... 

Haihhh.... lambat lagi lah nampaknya ai nak dapat greenlight berenti koje.....



Thursday, June 18, 2015

Ramadhan

Assalamualaikum...

Ramadhan muncul kembali.

Syukur Alhamdulillah sebab diberi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan.

Puasa tahun ni masih seperti tahun2 lepas cuma lain sebab adanya my laling princess. Bertambah nikmatnya puasa...

Pejam celik dah 10 bulan mlp. Lepas raya dah setahun... Dah kena pikir nak buat birthday party... Ahaks...

Ok, itu lambat lagi.

Ni nak pikir masak apa untuk hari ni. Since last year dah SAY NO to beli-beli.

Mahal & tak sedap. 

Kemas2 tadi jumpa ni....


Ok lah kan... 250 + 250 resepi... Dah lebih dari cukup untuk sebulan. Sape perlukan bazar Ramadhan...

Tapi hari ni makan kat umah mak kot... Hihihi...

Selamat berpuasa.....




Monday, June 15, 2015

Snack

Aloha...

Hari ni kembali duk sorang2 kat rumah. My laling princess pagi lagi babysitter dah datang ambik. Ingat tak nak antar sebab masa dedi dia gi keje, dia tido lagi. Tapi kul 9 mama dia dah datang. Cakap nak bawak balik sebab dah lama aku tak hantar. Ok lah, boleh aku kemas2 apa yang patut.

Dah tak tau nak buat apa... nak masak, sorang je nak makan.

Jap lagi rasa nak ambik mlp. Tapi sebelum tu try buat snack dia dulu.

Dia ni suka makan aku rasa. Suap je lah apa aje... ngap selalu. Macam abam. 

Tapi aku tak kasi sebarangan. Untuk lunch & dinner aku buat bubur nasik. Kadang2 letak ayam or daging. Kadang2 sayur2 or jagung. 

Untuk snack aku kasi biskut beras. Ada yg rasa plain. Ada rasa sayur or carrot. 

Biskut ni memang kena bawak gi mana2 sebab selalu kalau kitorang makan, kesian dia terkunyah2 tengok orang makan. Ada biskut, senyaplah dia.

Agaknya dah selalu sangat makan biskut yang sama, boring jugak.

Pernah terbaca ada orang buat finger snack dari roti.

Roti gardenia tu.... Potong2 then masuk oven. Bakar selama 8 - 10 min 180C.

Mula aku bakar lebih 10 min, hangit. Next aku try 8 min, just nice sebab oven dah betul2 panas.

Ni yang terhangit sikit tadi.


Ni yang sedang molek.


Try buat skit dulu sebab nak tengok tahan lama mana crispy dia tu.

Lagipun tak tau dak kecik tu nak ke tak sebab roti kosong tak letak apa2. 

Maybe kalau dah besar sikit boleh letak butter or something.




Sunday, June 14, 2015

Abam balik vs adik jalan2

Aloha...

Semalam my laling jr dah balik. Hari ni dah rasa rindu. Pagi tadi adik dah pandang atas, panggil abam.

Mlj cuti this time memang puas lah dapat spend time dengan dia. Selalu kalau dia cuti, aku keje. Sian dia duk rumah. Makan pun kalau sempat aku masak siap2. Kalau tak pagi dedi dia tapau je lauk nasik lemak.

Kali ni aku masih mc lagi, memang tiap hari lah masak. Tanya je dia nak makan apa. Gemok lah makan aje. Dengan aku sekali terlibat sekali dengan aktiviti bina badan...

Adik pun puas dapat main dengan abam.

Semalam dah balik. Flight kul 3.30pm. Kebetulan ada kawan dari Kelantan datang, dengan derang2 sekali antar mlj. Terasa macam nak antar gi oversea pulak.


Selalu dropkan aje mlj kat airport tapi this time beramai2 turun. Tu yang buat makin sayu time nak babai dia. Rasa sebak tengok adik babai abam dia sampai tak nampak.

Lepas gi airport, bawak pulak fren tadi round2. 

Tatau nak bawak mana... Dulu kami gi Kota Bharu, puas derang bawak round Kelantan. Sini nak round mana?

Plannya derang nak balik semalam jugak sebab dah seminggu kat KL. Tapi baru ni kami dapat jumpa dia. So tak boleh lah nak bawak round lama2. 

Last2 bawak gi Kuala Selangor. Ingat nak makan cendol je... 

Tapi sebab dia pun tak pernah lepas ke sana, bawak gi Bukit Malawati dulu.

Aku pun dah masuk belas tahun tak naik sana. 

Nak naik bukit tu kita boleh jalan kaki atau naik tram. Dah tentu2 lah aku nak naik tram. Giler aku nak panjat bukit.... So not me....

Tambang tram tu RM5 + gst. Tak sure tiket budak berapa sebab kawan aku tu yang belikan. Tuan rumah tak perasan tetamu dah beratur beli tiket.. Hihihi... Tapi kalau nak murah sikit beli lepas kul 5 ptg - RM3.



Nak naik tram tu tak yah rebut2. Kalau ramai sangat, tunggu je next tram. Rasanya ada 2 tram. 

Masa kitorang naik, sampai atas patutnya turun lah. Tapi kitorang duduk je sampai tram tu turun balik. Sampai bawah, kitorang tak turun. Masa orang tengok tiket cakaplah tadi tak turun kat atas so naik balik. Baru lah worth it bayar RM5. Round 2 kali... Ngeh ngeh ngeh....

Kat atas ada macam2 yang boleh tengok. Tapi kami hanya masuk Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor je. Kaki aku tak mengizinkan nak jalan banyak. Banyak bende berkaitan sejarah atas sana. 



Dah habis round muzium, lepak sat tengok monyet, amik gambar... turun balik.





On the way sempat jugak singgah Cendol Bakar yang ada drive thru tu. Dapat pekena cendol (mintak cendol derian, dah abis), pisang goreng cheese meleleh & char kue teow. 



Yang aku nampak kat situ ada gerai keropok, ayam madu (tak bukak semalam), nasi ayam, rojak, tahu bakar & macam2 lagi kot. 

Masa lalu kul 4pm tu memang jem. Q kereta yang drive in buat jem sampai kat jalan. Time kitorang sampai dah kul 6 lebih, masih ramai yang lepak tapi adalah tempat duduk. 

Cuma, lepas kitorang beli cendol, kaunter cendol pun tutup. Tak dapat nak refill (katanya leh refill - tak sure). Tutup sebab dah abis atau memang time tu dia tutup tak tau lah. (lansung tak berinfomative blog aku nih... Hihihihi...)

Kami balik dah maghrib... Kawan tadi tu kononnya nak balik jugak malam tu, telah dapat kami hasut supaya stay 1 malam kat sini.

Setakat ini je lah kami dapat balas jasa derang masa kami kat sana. 

Gambai ai separuh sebab ai is shy2 cat... (nak kaver dabelchin sebenar2nya)