Wednesday, October 26, 2011

Bikin kecoh

Aloha....



Budak kecik kat atas ni sudah bikin kecoh hari ni. Hari ni seperti hari2 cuti yang lain, dorang dapat pelepasan main kat luar. Wah... sungguh gumbira masing2. Selalu dapat keluar kat belakang je sebab senang nak kawal & macam selamat sikit sebab takde kereta. Tapi disebabkan hari hujan, hari ni dorang main kat depan. Kononnya, dorang tak akan kemana2 sebab hari hujan.
Tapi menjelang Maghrib bila panggil sekor2 masuk, si kecik ni pulak takde. Agak2 puas jugak lah mencari. Hingga hari gelap. Senyap sunyi bila panggil. Bunyi loceng pun tadak. Tak cukup meronda depan rumah, habis satu taman dicari.

Sampai 1 tahap, darling dah nak declare si kecik ni memang dah hilang. Masa tu dah jam 10 mlm. Tapi tetap tak puas hati sebab kadang2 macam terdengar bunyi loceng dia. Sampailah neber2 sini keluar dan cari sama. Konpem, memang ada dengar loceng dia.... Last2 jam 10.30, budak2 sini jumpa dia kat dlm enjin kereta neber sebelah rumah. Punyalah panggil tadi dia boleh buat derk aje. Ekceli sikecik ni memang penakut. Dengan aku pun kalau lalu sebelah tu memang menciput dia lari. Macamlah pernah kena pukul.

Bila dah tau dia kat situ, dah 1 kerja nak keluarkan dia. Tarik punya tarik akhirnya dapat. Dah dapat terlepas pulak. Lari ke rumah sebelah lagi. Masuk pulak dalam enjin kereta orang tu.... Lagi sekali kena masuk bawah kereta.

Banyak adegan betol... Sikecik tu bila tengok orang dah ramai, lagi dia takut.

Mungkin neber2 situ macam tak sabar je nak tengok dia, habis semua berkerumun. Bila dah dapat, jeng jeng jeng..... takde lah kucing lawa mana pun tapi kecoh nye 1 Malaya.

Sekarang dia seakan trauma tapi bila nak pujuk punya lah liar. Biarkan aje. Kasi makan, dia punya lahap...

Ha tu lah... Konon nak lari dari rumah. Nak lari, sebelah rumah je.

Tuesday, October 25, 2011

Cerita lapuk yang disatukan

Aloha....

Ok... beberapa abad rasanya tidak berbahasa di sini...(Ada ke orang kesah??!!)

Dalam otak bercelaru nak cerita macam2 tapi setakat itu je lah. Namun nak buka laptop ni, idak ler.... Semenjak dua menjak ni line SELKOM BODBEN ni SLOW GILOS!!! Akibatnya, bodben itu telah di balut dengan cellotape sebab dah terbelah 2 lepas di baling untuk diuji ketahanan (betul2 menguji ketahanan mental aku). Still boleh guna lagi. Cayalah....

Cerita 1

Agak lama jugak aku tidak menghadirkan diri mendengar talk2 yang kononnya membina semangat dan memajukan diri. Ntah mana datang kesedaran untuk pergi (erti kata lain:- dipujuk seseorang) akhirnya, terjebak jugak lah.

Minit2 pertama, agak bersemangatlah jugak. Masuk minit ke 25, sudah hilang fokus. Masuk jam petama, 4 kali pegi toilet. Dalam hati...tobat aku tak akan datang lagi.
Aku bukan tak boleh terima bende2 macam ni. Tapi aku sungguh2 tak boleh terima bila mereka2 ini sudah menjadi taksub. Ibarat apa saje yang dihadapkan pada mereka semuanya bagus dan elok. Semuanya mahu diikut bulat2 tanpa ada sesi soal jawap.
Dalam sesi ni ada beberapa group. Setiap group ada leader. Ayoooo..... perlu ke nak kena ikut je cakap leader tu? Lansung yg bawahan tidak bersuara. Sowiiii... aku bukan macam itu.
Mungkin kerana dorang tengok aku jenis tak makan saman, lepas sesi tu 2-3 orang yg ala2 leader sudah cuba sedaya upaya mencairkan hati aku. Dan aku tetap aku... HATI BATU.

Cerita 2

Ini pulak cerita pasal seorang teman. Teman aku. Ntah mana silap kami sudah tidak bersefahaman mengenai suatu isu. Isu yang agak sensitip.
Dan disebabkan itu jugak, dia datang pada aku setelah sekian lama kami tidak bertemu, setelah beberapa mesej & kol tidak membantu. Disebabkan dia jugak, beri itam ku berikat getah. Senasib dengan Bodben Selkom diatas. Kesian....
Pada mulanya agak marah tapi endingnya... aku suka aku suka. Ofkos lah hepi ending kan. Rasa2 macam nak gaduh selalu. Akhirnya dapat jugak meluahkan apa yang terbuku. Kalu dia tak buat begitu, mungkin sampai bila2 juga aku akan membatu. Kan rugi tu.... Sekarang, kami menjadi lebih telus & tulus bersahabat.

Cerita 3

Minggu ini cuti sekolah sempena Deepavali. Dan seperti biasa junior telah dikidnap aunty dia. Sudah 3 hari dia disana. Dilayan seperti putera raja. Kononnya mau kasi chance mummy & dedi dia berdua2an. Ok... bab ni no comment. Lips sealed. La la la la....

Cerita 4

Untuk memenuhi masa lapang dan memenuhi jiwa yang kosong, dengan berbekalkan laptop dan line Selkom yang slow, berjaya jugak aku mengopakkan duit poket aku laki aku dengan memborong beberapa barangan.... Walaupun aku sudah agak jarang pergi ke shopping mall, tapi kini shopping mall datang pada aku. I love technology...

Cerita 5

Belum cuti sekolah lagi, kami sudah merancang2 percutian. Antara yang termasuk dalam agenda:-
i )Seberang tambak - Universal Studio
ii )Seberang laut - Kota Kinabalu atau Langkawi

Ada lagi satu... ini idea aku. Disneyland HK. Dan akibatnya..... "Dari kita kesana, baik kite pegi Umrah". AMEK KAU!!!.... Sesejuk2 perut aku mengandungkan anak sebegitu, panas jugaklah telinga aku.

Cerita 6

Nanti.. aku sedang memerah otak untuk mengingati sesuatu.
Cukuplah dulu... jangankan kamu, aku jugak sudah mau muntah dengan cerita2 aku...

Note : Rasa sedikit ringan otak aku.

Friday, October 14, 2011

SANTAU!!!

Aku tau, mulut aku kadang2 jahat.
Aku sedar, kadang2 hati aku busuk.
Aku perasan, kadang2 aku ni tamak.

Tapi...

Tolong lah jangan santau aku.

Aku ni, nampak macam berani. Tapi rambut gugur pun aku dah rasa nak teriak apatah lagi kalau kena santau.

Huishhh... dun play-play...

Pagi tadi aku terima 1 sms dari no kaum kerabat selkom tapi tidak dikenali. Tau2 bangun je check henfon, ada sms. Tak sedar bila masuk... owhh received kul 2.45am. Konpem lah aku tak boleh sedar. Baru lelap 10 minit.

Antara kandungan sms tu (sori aku malas nak vscreenshot pas tu nak ambik kabel, pas tu nak transfer dlm pc, pas tu nak upload sini. Aku rela salin balik apa dia tulis):-

"KO JGN NAK TUNJUK LAGAK. JGN CUBA NAK RAMPAS DIA DARI AKU. KALAU KO TANAK KENA SANTAU DENGAN AKU, JGN NAK KACAU DIA LAGI".


Umak aiiii.... dalam makna nye tu. Tapi sori to say lah.. salah time aku baca. Lepas bangun tido sistem repon aku memang lembap. Nak2 kalau tidur hanya 3 jam. So, aku buat dunno je. Ambik towel, masuk toilet. Berangan sat.....

Then baru aku sedar. Ambik henfon (henfon aku memang letaknya dlm bilik air) baca balik.

Alamak.... 2-3 menjak ni badan aku sakit2. Kena SANTAU ke? Ehhh... dak aih. Badan aku sakit sebab batuk yg keterlaluan. Maklumlah... paru2 dah hitam kena asap.

Ok..ok... sambung baca lagi....

"DIA BINI AKU... (chop!!! taste ai bukan sejenis u...). AKU TAU SAPE KO. AKU TAU ANAK BINI KO. (ok.. chop lagi!! Aku ada bini? Konfius dah ni...) APA YANG KO KENA SEMLM ITU KIRA WARNING DARI AKU. SATU HARI KO AKAN DAPAT LEBIH LAGI!!!


Ok... tanpa membuang masa, aku reply & forward kan balik message tu. Aku bilang :-

"Bro, bro sudah slh antar lah. Cer antar balik, sy takut org tu tak dpt msg bro tu nati. Tak pasal2 kena santau..."


Then dia reply...

"Sori yer.. salah antar. Timekasih..."

Thursday, September 15, 2011

Pengakuan dia

Aloha...

Ini lagi kisah Tabby... Nampaknya tahun ni memang tidak ada kisah raya.

Tiap2 hari masih bercerita pasal dia.

Tabby here, Tabby there...
Tabby this, Tabby that...

Everyday, never miss.

Dan tetiba my darling buat pengakuan:-

Dia : Hari tu kalau ikutkan hati, I tumbuk je budak tu. Boleh cari gaduh. Takde otak!!!

'Budak itu' merujuk kepada manusia yang langgar Tabby kami.

Itu tandanya dia memang punya perasaan. Rasa kekesalan masih berbekas di hati.

Dan si Tesha & Trio jugak yg mendapat keuntungan dari kejadian. Segala keperluan didahulukan. Segala kebajikan diutamakan.

Dan mereka2 itu, sungguh pandai mengambil kesempatan....

Note : Walaupun mereka hanya kucing.....

Sunday, September 4, 2011

Kat mana lagi tempat yg selamat

Aloha...

Masih bersedih dengan kehilangan Tabby, terima lagi 1 berita sedih from my niece pasal Jasper yg dorang hantar for boarding hilang. Bukan aje hilang, rupanya ada yang mati.

Thank God... petang tadi Jasper dah dijumpai di Balai Polis Paya Jaras.

Giler!!!! Kenapa lah gile sangat owner Petknode tu. Kucing yg gemuk2 boleh jadi kurus kering. Bayangkan 7 hari kat sana dorang tak diberi makan & minum...

Yang bulu tebal hanya tinggal kulit.

Yang baru lahir mati bersama sang ibu.

Yang manja jadi liar.

Dibiarkan dalam carrier selama 6 hari?

Sebanyak 300 ekor kucing dibiarkan tak dijaga dlm kedai yg kononnya 'hotel'. Ada yang terbiar di luar kedai. Ada yang mati bergelimpangan.

Aduhhh... mana lagi tempat yang selamat untuk dorang?

Bawak balik kampung pun tak selamat, ditinggal kan pun buat tak senang jiwa, hantar boarding pun tak tentu hidup atau mati.

Dikhabarkan owner kedai tu dah ditangkap dan disiasat. Hambik kau!!! Memang cari pasal dengan salah orang. Azab lah jawabnya....

Dan masih ada berpuluh ekor kucing yang belum dituntut oleh owner. Volunteer diperlukan untuk jadi fosterer bagi kucing2 yang belum dituntut.

Tak dapat bayangkan kalau terjadi kat my furkids....

Raya kali ni asyik dengar citer sedih pasal furkids je. Sama hari Tabby pegi tu, kucing my cousin yg baru dapat baby jatuh dari bumbung. Patah pinggang & mati. Paling sedih bila anak2 dia menyusu kat ibu dia yg dah mati. Memang meruntun jiwa.....

Oh ya... sekarang kawalan keatas Tesha & kids semakin ketat. Tidak dibernarkan keluar pagar lansung. Nasib baik dorang paham. Tapi Tesha masih mencari2... dan semakin manja. Mungkin sebab kurang makan, dia makin kurus.

Orang kata kucing ada 9 nyawa. Aku harap Tabby baru 'menggunakan' 1 nyawa. Semoga kehidupan dia akan datang akan lebih baik dan dijaga dengan sempurna.

Note : Tiada ganti...




Thursday, September 1, 2011

Baru aku tahu....

**PERINGATAN!!!!**
Ini kisah sedih aku. Pada siapa yang tidak sayangkan makhluk Tuhan yang bernama KUCING, sila jangan teruskan bacaan. Pasti anda akan rasa meluat yang amat sangat. Jangan paksa diri anda atau cuba berpura2 untuk bersedih. Aku tidak perlukan semua itu.... Cerita ini hanya untuk aku. Terlebih dulu, aku mintak MAAF....


*************************************************************************************

Sob..sob....

Baru aku tau...
kenapa aku macam tadak mood je nak raya.
kenapa aku mimpikan kubur dan keranda sebelum raya.
kenapa aku nak bawak balik semua furkids aku beraya.
kenapa Tabby senyap je hari tu.
kenapa Tabby dan Tesha bergaduh petang raya tu. Bergaduh yang betul2 gaduh. Tak pernah aku tengok dorang begitu. Tapi hanya sebentar lepas aku & darling pujuk.

Baru aku tau...
semua ini ada sebabnya.

1 Syawal 1432
Kami hanya sempat bergembira di hari raya hanya untuk 13 jam shj. Selepas jam 8.20pm, semuanya menjadi hancur. Luluh hati ini.

Tabby telah pergi selama2nya meninggalkan kami. Hati aku remuk bila dia pergi betul2 depan mata aku.

Kalaulah....
aku tak bawak dia balik... sekarang ni mesti dia sama mengadap atau sengaja baring atas laptop ni.

Bagi sesiapa yang rasa kami over acting... Ya!!! kami memang over acting. Setakat kucing mati apa nak herankan sangat kan??!! Itu kata korang. Katalah apa nak kata.

Bagi sesiapa yang rasa kami gila sebab sayangkan kucing macam baby... Ya!!! kami memang gila. Aku pedulik apa.

Kata darling, dia pergi dengan senang. Tapi aku tak boleh lupa macamana dia menggelupur depan aku. Lepas darling pegang dan cakap "Pergilah Tabby...." baru dia senyap. Dia seakan faham. Yang aku buat hanya menjerit & meraung.

Masa tu memang kitorang nak keluar. Sementara tu darling lepaskan dorang untuk main depan rumah. Masa tu darling memang jaga dorang ibarat jaga budak tengah main. Memang itulah rutin dia & aku klu dorang keluar main depan rumah.

Pada masa tu jugak, aku baru cakap..."Kalau baik mcm ni, bolehlah selalu bwk balik kampung" sebab dorang memang tak pergi jauh. Tak kisahlah kalau kena angkut segala barang dia. Sebelum balik aku memang sangat2 excited nak bawak dorang.

Tiba2 dia melintas... aku tak kisah sangat dia melintas sebab itu kawasan taman perumahan. Jalan pun hanya sebesar 4 langkah. Kereta pun takde.

Aku cuma sempat cakap kat Tabby.... "Tabby, come here. Nanti ada kereta.." Dan pada masa sama darling bangun untuk ambik dia sebab dengar ada kereta yg ibarat bunyi enjin yg dah nak roboh datang dengan lajunya. Belum sempat nak lintas, kereta tu lalu dan......

Aduhhhh....... luluh hati aku.

AKU TAK PAHAM DENGAN MANUSIA ITU. KENAPA DIA MESTI NAK LAJU?!! JALAN TU JALAN SEMPIT. DAN YANG PALING2 BUAT AKU LAGI TAK PAHAM, RUMAH MAK AKU TU RUMAH NO 2 LAST. MAKNANYA... ITU JALAN MATI. TAK TAULAH KALAU DORANG TU NAK LAJU SEBAB NAK LANGGAR BUKIT YANG ADA KAT DEPAN TU. DAN, TAKKAN DIA TAK NAMPAK SEBESAR2 DARLING AKU NAK LINTAS JALAN. BANGGA SANGAT DIA DENGAN PROTON YANG DAH NAK ROBOH ENJIN TU. SEBAB ENJIN KERETA DIA TULAH YANG BUAT TABBY TAKUT DAN BERPATAH BALIK LARI KEARAH DARLING. KALAULAH DIA TAK LAJU.... DAN MANUSIA ITU PUN BUKAN ORG SITU. HANYA DATANG BERAYA KAT RUMAH JIRAN. BONGKAK DENGAN KERETA BURUK TU!!!!

Ya... dia ada datang untuk mintak maaf. KEPALA HOTAK KAU!!!! Kan dah kena sound direct dengan aku.

Tesha sempat tengok dan cium adik dia. Aku... memang aku tak mampu. Aku tak mampu nak tengok pun. Aku hanya mampu menangis... Makin kuat mak & kakak peluk aku, makin kuat aku meraung.

Darling & junior sempat mandikan Tabby, dan kebumikan dia di tempat yang sangat cantik.

Walaupun baru sehari di kampung tapi aku sudah mau pulang kerana aku tidak mau furkids aku berada ditempat yg tidak selamat. Selepas kejadian itu, mak tak kasi lagi dorang keluar. Semua duduk dalam cage didalam rumah. Hanya bawak dorang main dibelakang rumah dan dijaga oleh 6 orang iaitu darling, aku, junior, kakak & anak2 sedara.

Tapi darling tidak mau balik sebab dia tau, kalau balik dia akan terbayang2kan Tabby.

Memang pun... Malam semalam jugak (raya ke-2) aku ajak darling balik. Ikutkan pukul 6.30 am tu aku dah ajak dia. Sampai rumah terbayang2 je dia berlari2 dengan Tesha & kids.
Ternampak2 dia jaga ketiga2 anak Tesha dan yang paling rapat dengan dia adalah T-kiut.
Terasa2 dia tidur sebelah bantal.
Terdengar mcmana dia kejutkan kitorang time subuh.

Paling sedih bila pagi, Tesha mencari2 Tabby. Pukul 6.30am memang time dorang kejutkan kami & bermain kejar2. Tak tentu arah Tesha. Dia sudah mula kehilangan Tabby.
Hari ini Tesha sudah tidak lalu makan. Makan hanya sedikit walaupun di suap. Lepas penat mencari, dia akan tidur.

Paling aku tak tahan bila tengah sembahyang. Ketika hayatnya, Tabby memang suka 'mengacau' orang tengah sembahyang. Oleh sebab itu, dia ada 'sejadah' khas untuk dia kalau kita nak sembahyang. Sebelum sembahyang, bentangkan 'sejadah' dia sebelah kita. Dia akan duduk disitu sampai habis. Ini bukan cerita rekaan....

Petang tadi, bawak Tesha keluar untuk main. Dia sudah tidak ceria. Dan kawalan kali bertambah ketat. Bila dengar je bunyi kereta, aku atau darling akan pegang dia erat2 walaupun masih dalam pagar. Tidak sekali2 kami akan lepaskan dia keluar pagar. Sangat2 serik dengan apa yag dah jadi...

Hari ini aku menangis lagi.... Aku terkenangkan Tabby. Aku kesiankan Tesha.
Hari ini aku mula mengemas barang2 dia untuk disimpan. Rantai, towel, toys, kad klinik, pinggan... Hingga kan bulu dia sehelai pun aku simpan. Cakaplah aku gila....

Kalaulah ini semua hanya mimpi...

Dia pergi seperti dijemput anak dia yg tak sempat dia lahirkan dulu....

Terima kasih pada semua yang mengucapkan takziah. Pada yang tidak ikhlas, sudah aku katakan, aku tidak perlu kan kata2 dari kamu. Aku punya famili, sepupu, pakcik, makcik yang betul memahami situasi aku. Memang aku sangat2 beremosi ketika ini.

Tabby... Ibu sayang Tabby sangat2.



Note : Ini adalah entry paling lama aku tulis. Susah untuk mencari kata2...













Monday, August 22, 2011

Jantan meroyan

Huh!!!

Korang pernah dengar jantan meroyan? Org selalu kata pompuan je kan yg meroyan. Dengar perkataan meroyan pun dah rasa mcm hodoh je kan apatah lagi kalau jantan yg meroyan.

2-3 hari ni aku sabar je. Mula2 aku boleh lah jugak melayan. Lama2, penat haih. Bukan penat apa... penat dok nak kena delete message kat bbm. Kelentung kelentang bunyik cik beri aku bila message jantan meroyan ni masuk. Pagi petang malam, time sahur, time keje, time tido... Ayoooo.. amma appa... penat mak nak delete message dia nyah.

Mak punye boipren pun tak segila dia antar message nak pujuk mak tengah merajuk.
(Mode: masih merajuk) Habih2 pagi sekali petang sekali dia antar sms.

Tapi bab jantan meroyan ni sampai aku rasa mau deactivate kan aku nye bbm chat tu. Oooo... mentang2 message kamu antar tu free. Cer kamu antar sms. Tau lak takut habis credit. Antar pulak kat group chat. Pas tu ada pulak lain yg melayan... lagi meroyan lah dia.

Geli aku dengan jantan macam ni. Nak aku nyah dia dari group chat tu tak boleh. Last2 aku jugak yang kena berkorban nyah kan diri aku dari group itu. Babai frens sumer. Aku memang takleh masuk arr dgn jantan macam tu. Bak kata satu sumber... BOILER!!!!

Note : *^#%#@!&