Tuesday, July 7, 2015

Bread butter pudding

Aloha...

My laling jr dah balik Ahad lepas. Last minute beli tiket bas. Lepas berbuka kat rumah my mom in law sabtu tu, terus gi Cheras - TBS. Beli tiket kul 10am esoknya.

Seperti biasa sebelum balik akan tanya dia dulu... apa nak beli, apa nak bawak balik. 

Time puasa ni dia cerita kawan2 yang balik akan bawak food. So derang makan ramai2 dah macam pesta. Katanya sampai ada yang sakit perut sebab makan macam2.

Last week dia balik rumah kawan so takdelah nak tapau food untuk dorm dia.

This week aku tanya lah kot dia nak bawak apa2 balik. Dalam hati mintak2 dia cakap nak bawak chipsmore or mister potato je. 

"Nak bawak kek...." katanya.

Bahan2 buat kek takde nak.... Nak tapaukan nasik & lauk takut tak tahan. 8 jam dalam bas.

"Bawak puding roti nak? Suh dedi buat..."

Nak selalu..... Kena slow talk dengan dedi dia pulak.

Dedinya dengar anak nak, ok aje. Makanya lepas beli tiket, beli barang2, sampai rumah kul 11.30pm, terus buat.

Masa penyediaan, 15min. Masa memasak, 45min - 1 jam. Sambil2 tunggu siap, makan durian... Tido malam, dah pasang ekon pun panas lagi.

Ingat nak buat kan sekali vanilla sos tapi dia taknak. Pheww..... sebab sos tu aku yang kena buat.

Hari Ahad lepas antar dia, petang ada family dinner. 

Mula tak nak bawak apa2... Tapi my laling macam rajin je nak buat lagi puding roti dia tu. Kali ni aku complete kan dengan sos dia.

Resepi? Huhuhu.... Sowi... Ai is tak reti. Dari awal sampai akhir, my laling yang incharged. Tau bahan2 tapi tak tau sukatan.


Nampak kering sikit kat atas. Tapi tang bawah nye... marbeles.

My laling tak suka nak letak2 kismis or coklat chip puding dia tu. Dia suka roti semata. Lagi sedap kalau guna roti butterscotch. Just kurangkan gula.


Vanilla sauce (versi simple)

1 tin susu cair + 1 cawan air atau 1/2 tin susu cair + 1 cawan susu segar.
2 sudu tepung kastard.
Gula 3-4 sudu (ikut suka manis)
1 sudu esen vanilla.

Kacau semua bahan hingga larut, letak atas api & panaskan hingga pekat sedikit.

Nak lagi cantik, letak kaler kuning setitik. 

Gambar atas tu aku tak letak kaler. 



Thursday, July 2, 2015

Kisah si burung

Aloha....

Ok, i free today. Pagi ni je 2 entry..... Tak masak hari ni, lega lah...


Ini burung.

Burung apa? 

Aku tak tau..... dah jangan tanya lagi burung apa.

Tadi dengar burung ni berdecit2 (betul ke??) dalam bilik cats. Dapat mangsa lagilah tu....

Masuk je bilik tu derang 4 ekor tu tengah ngadap burung ni. Tak gerak....

Bila aku ambik, bernafas lagi. Tapi macam tak lama je dah nak stop nafas.

Aku nak buat apa pun tak tau.

Last2...... kasi treatment.


Dengarkan dia surah Al-Waqiah.

Panjang kisahnya pasal surah Al-Waqiah ni. Tapi surah ni lah peneman aku dari dulu lagi. Nati aku cerita kan kenapa ye.

Ok, back to the topic....

Dari burung ni tadi dah tak gerak, dah bukak mata. Tapi tak boleh terbang lagi. Ada lah tu injured kat mana2.


Now burung ni dah boleh jalan & dah berbunyi balik. Mana pegi aku kena angkut burung ni sekali. Sebab dah ada yang standby... (Tgh type ni pun burung ni masih di tangan aku). Dah jadi 1 keje kan.


Tetibe teringatkan my laling jr & my laling princess.....

Beza derang berdua tu kalau tengok burung ni :-

Mlj - akan tersentuh hati dia. Kalau burung ni mati, mau nanges kot.
Mlp - akan cekau je burung ni. Kalau berkesempatan, masuk mulut.




Abam nak balik

Aloha....

Hari ni my laling jr balik. Sampai lepas berbuka sebab flight kul 7.30pm.

Semalam dia call cakap hari ni nak ajak dinner kat luar. Dia nak belanja sempena birthday aku hari tu.

Phewwww.... tak yah dah nak mikir nak masak apa. Tapi..... Nak makan apa ye? Tak sampai hati lak nak pow lebih2.

Alaaa... Konfem at the end dedi dia yang bayor karang. 

Semalam menu berbuka masak bodo2 je. Gulai lemak bawal + kacang panjang. Itu je. 5 minit dah siap sebab sumer bahan dah ready tinggal masuk periuk, pasang api.

Pas tu nasik lebih sebelumnya ada, buat nasik goreng daging. My laling ni tiap hari nasik goreng pun takpe. Tukar je versi nasik goreng tu...


Offkos dagingnya kena selambak.

Daging tu aku goreng dulu dengan garam kunyit. Pas tu baru goreng nasik guna balik minyak goreng daging tu. So, agak2 lah time goreng daging tu nak guna banyak mana minyak. Pas tu baru masukkan balik daging tu, gaul sekejap, dah siap...

Nasik tu nak goreng macamana, suka hati. Nak letak cili padi + bawang or cili blend, nak letak sayur, nak letak telur, nak letak kicap.... Ikut selera memasing. Kalau tak nak letak daging ganti seafood pun sodap. Guna konsep yang sama.

Hari ni buat cekodok je kot. Tadi ml request megi goreng. Tak boleh.... Minggu ni je dah 2 kali buat megi goreng.


Ni popia serunding. Masuk ni dah 2 balang my laling beli. Mula2 beli last week  abis. Beli lagi..... pun nak abis.

Memang pakat takde kuih raya ini tahun. Kalau dah beli habis beli habis.....

Wednesday, July 1, 2015

*biarkan ianya tidak bertajuk......

Aloha....

Haishhhh..... 

Hari ke 40 jadi suri rumahtangga sementara. Itu pun dah mengeluh.

Memang betul lah, kerja rumah memang tak pernah habis. Dari mula celik mata, sampai nak pejam mata. Non stop rasanya. 

Kadang2 curi2 jugak masa untuk meluruskan badan. Tapi memang tak dapat nak lelap.

Mengemas, basuh jemur lipat & gosok baju, basuh pinggan, masak.... tengok tv rancangan masak2.

Tapi bagi aku part paling stress, nak pikir masak apa. Tiap hari masak sampai dah tak tau nak makan apa. 

Ok.mungkin lah part ni paling pening kepala sebab skill memasak aku adalah sangat2 limited. So, tak banyak yang aku boleh buat. Yup.. salah diri sendiri.. *sigh.

Masak tetap masak. Sebab feel bila my laling balik, tengok food dah terhidang, rasa.... mmmmm.... Apatah lagi kalau my laling jr balik. 

Sepanjang Ramadhan ni memang tak pernah lagi beli lauk luar. My laling senang je. Tak kisah masak je apa. Ikan goreng & goreng telo semata pun dia hadap. Lagi 1, puasa ni selain nasik putih, mesti (tak lah wajib) kena ada mee goreng or nasik goreng or kuih. Kuih tu tak yah grand sangat. Cekodok bawang antara feberet dia.

Tak buat pun takpe tapi dah kita tau dia suka, buatkan aje lah. Bukan susah pun (nak jaga perut laki)...

Semalam lauk simple je. Goreng ikan & beef black pepper. Pas tu ingat nak buat mee hailam or mee kuah tapi sampai dah bukak api dapur, masuk minyak pun tak leh decide nak buat mee apa. Last2 tanya ml nak mee apa dia kata tak payah sebab dah beli pasembur & popia. 

Good... tutup api balik.

Meh nak tunjuk beef black pepper semalam.


Bahan2 :- 

Daging dipotong nipis (ofkos). Boleh guna ayam jugak.
Sos black pepper. (Aku guna yg dlm botol cap Life. Tak payah letak garam dah)
Sos tiram
Bawang holland (yang hijau tu)
Halia
Sayur yang sesuai - daun bawang or kucai, cauliflower, capsicum, kacang panjang, cili... (Aku letak kucai & kacang panjang je sebab itu je yang ada)

Goreng daging bersama halia.
Masuk sos tiram, sos black pepper, air sikit kalau nak berkuah.
Masukkan sayur.

Thats it.... 

Hari ni daging halia pulak kot. Sekilo daging dalam peti es.




Tuesday, June 30, 2015

Blackout

Aloha....

Malam tadi takde letrik lagi. Rasanya dah 2-3kali jugak lah blackout kat sini. Selalunya time2 kul 12am ke atas.

Semalam kul 12.39, tengah aku layan citer M.A.I.D dari episod 1, sampai episod 4 tiba2 letrik takde. Otomatik wifi pun mampuih. 

Otomatik jugak my laling princess resah gelisah. 

Rasanya ada sejam jugak. Panas usah cerita lah....

Tapi....

Mlp baik je layan tido.

Apa taknye.... 



Adanya 2 bende ni sebagai penyelamat. Kiri kanan hala kat dia je.

Berguna jugak kipas2 comel ni kan.

Yang atas tu jenis rechargeable. Adik aku beli kan RM25 je kot. Tapi malam tadi agaknya kipas tu dah nak abis bateri, nasib lah ada powerbank. So, attach kat powerbank je. 

Yang bawah tu guna 2 bateri AA size. Aku beli RM10. Beli 2 hari tu, my laling jr bawak balik hostel.

Salah satu kipas tu memang standby dalam kereta. Sebab kadang2 pegi mana2 tempat panas boleh guna. Kalau takde kipas or ekon, cair lelemak pipi mlp tu.

Mummy dia pun malam tadi tumpang sipi2 je angin kipas tu. 







Monday, June 29, 2015

Dia nak beli aku yang gelabah.... dah kenapa??

Aloha....

Amekau... Panjang tajuk.

Korang bila time2 nak raya apa yang wajib korang beli? Mesti lah baju raya kan? 

Aku baju raya ni kurang sikit. Sebab biasa nya baju raya ni mestilah konsepnya baju kurung, jubah... dan yang seangkatan dengannya. 

Aku ni bukannya tak suka pakai tapi jaraaaaang sangat2 pakai baju kurung. Apatah lagi baju kurung moden or yang berfesyen2 tu. Kadang2 lansung tak beli baju raya.

Tapi....... kasut & handbag adalah wajib. 

Walaupun telah diwarning berkali2... 

Tahun ni aku memang tak keluar nak pi sopink apa2. MC kena duk rumah diam2.

Duk diam2 kat rumah tak bermakna takleh sopink kan. Lagi senang nak sopink sebenarnya. Hanya dihujung jari. Barang sampai, terus je sorok... Ahaks...

Ok... tahun ni no kasut raya. Si capik tak sesuai nak ber high heel. Bag?? WAJIB!!

Dah lama berkenan kan handbag MK. Tote or shoulder bag. Last2....... 'ter'order jugak. Ada sale. 



TETAPI...... 

Last week birthday aku. Tetiba lak my laling ajak gi cari birthday present. Siap mention "Jom cari handbag u...." 

Orang dah offer...mana leh tolak. 

Eh eh... Baru teringat.... Aku dah order & dah bayar pun MK tu.

Nyesal... Nyesal... 

Takkan nak cakap 'taknak henbeg lah...' Mau dia pengsan nati aku tak nak henbeg.

Takkan nak cakap aku dah beli.... Kang dia tanya berapa rege??? Mampuih.....

Aku pun tak lah tanya dia bajet berapa dia nak sponsor tu. 

Buat masa sekarang aku cakap, nantilah.

Tengah cari idea. Rasanya cakap je aku dah beli & mintak dia sponsor separuh. Jangan cakap harga sebenar.... As usual, macam tak biasa pasal harga2 ni.

Note to my laling jr :-

I know u read this.... So, pliz pliz pliz jangan kasi tau dedi k. Luv u... Muah muah...



Sunday, June 28, 2015

Kuih feberet

Aloha....

11 Ramadhan...

Semalam balik kampung. Meriah bila semua balik. My laling jr je takde...

Menu usah cerita lah... Baik yang gulai, bakar, goreng, rebus.... semua kaedah ada.

Kuih 1 jenis je...

Lompat Tikam


Nama lompat tikam ni femes kat Pahang je kot. Kalau tak silap tempat lain panggil sumsum. 

Nak kasi resepi aku pun tak reti nak buat. Cuma yang aku tau yang hijau tu tepung beras + pati daun pandan + kapur makan (sikit). Kacau sampai pekat. Yang putih tu santan + tepung gandum (sikit) + garam (untuk rasa lemak2). Kacau sampai pekat. Air gula tu guna gula kabung. Kat kampung aku memang guna gula kabung. Tak main brown sugar, gula merah or gula melaka. 

Selalunya orang buat part yang hijau tu boleh potong. Tapi yang ni terlembik sikit. Ekceli aku suka yang macam ni. Takyah potong2. Yang santan tu memang wajib kena lembik & berlemak.


Ni dia gula kabung. Di buat dari nira pokok kabung. 

Bulan puasa ni mahal sikit. Sebuku tu dalam RM7.50 - RM8.00.

My laling pantang dapat gula kabung ni. Pasti akan merequest kuih puteri mandi. 


Tak pasti kat sini panggil kuih apa. Dalam tu gula kabung. Kalau kat sini pernah aku jumpa dalam inti kelapa.

Cara-cara :-

Gula kabung potong kiub. Potong besar2 baru terasa. Taklah dia cair masa kite kukus.


Tepung pulut bancuh dengan santan cair. 


Pas tu ambik seciput letak kiub gula kabung tu & bulat2 kan... Susun dalam pinggan yang dah letak santan sikit. Sekadar basahkan pinggan tu je.


Dah penuh pinggan, letak santan. Tapi tak perlu sampai tenggelam. Santan ni campur dengan 2 sudu tepung gandum + garam sikit. Tak perlu masak. 


Santan tu sampai paras2 ni je.


Kemudian kukus. Kukus ni sampai santan tu nampak macam berketul2 sikit tanda dah masak. 

Tapi hari tu aku buat santan ni tak pulak jadi macam tu. Nampak cair je. Maybe santan tu tak pekat ke aku tak pasti. Susah nak dapat pure santan pekat yang berlemak kat kedai sekarang ni. 

Lagi satu, kuih2 macam ni kalau mak aku buat mesti ketul2 gula tu besar2. Kalau kecik nati gula tu cair. Bila makan tak rasa. Arwah my dad kata kedekut gula... 

Tapi aku punya kuih hari tu gula dah cair sebab aku kukus lama & kukus 2 kali... Ni semua gara2 santan tu lah. Ingat kan santan tu tak masak tapi sohih santan tu yang cair.

Ni dah jadi kuih feberet my laling selain kuih buah melaka. Dia pun dah pandai jugak nak gula dalam tu besar2. 

Bulan puasa, bagi aku 2 jenis kuih ni antara kuih yang selamat nak kasi kat jiran2. Sebabnya............... kuih ni tak perlu nak rasa manis & masin bagai. Let the gula kabung buat keje dia. Manis gula kabung tu, manis lah kuih. Masam gula tu, masam lah kuih. Kalau nak buat bubur ke, puding ke or agar2 kena sukat gula. Part tu yang nak kena rasa banyak kali sampai kenyang.

Hingga hari ini masih lagi tidak menjejaki bazar Ramadhan. Since last year dah memang boikot...