Tuesday, April 30, 2013

Dialog bersama Sofeya Zulaikha

Aloha.....

Sofeya sudah 2 tahun....

 
Dialog 1

Atuk mana?
  
Atuk shakit
(Atuk sakit)
  
Atuk tutup shini, tutup shini, tutup ulut, tutup dung, tutup ate...
(Sambil tunjuk tangan, kaki, mulut, hidung, mata)
 
Atuk duduk mana?
  
Kat atash...
(Kat atas)
  
Ibu angish, Ana angish, Adam angish...
(Ibu nangis, Mak Na nangis, Adam nangis)
 
Dialog 2

Cantiknya beg Feya... Beli kat mana?

Li kat Ako...
(Beli kat Jusco)

Bila beli?

She'alam...
(Semalam)

Dialog 3

Feya kira 1, 2, 3....

Shatu, Wa, Ige, Pat, Ime, ...., Juh, Apan, She'ilan, She'uluh....
(1, 2, 3, 4, 5,...(*dia lupa), 7, 8, 9, 10)

Dialog 4

Ada Mak Na, ada Abg Adam, lagi ada sape?

Kecam.....
(Uncle Sham)

Ada Kak Dena, Pak Long, lagi ada sape?

Ada Yoyong, ada Atem...
(Ada Mak Long, ada Akim)

Ada Babah, Mama, Abg Iman, Kak Liya, Meyun, lagi ada sape?

Ada Papan...
(Ada Abg Ipan)


Seronok borak dengan dia bila dah pandai cakap. Tapi dia ni ada siki anti dengan aku....

Aku : Feya... Mak Na nak sikit kopok...

Feya : Tak yeh. Dah abish..... (*dalam mangkuk penuh lagi keropok)

Mak Long : Mak Long nak boleh?

Feya : Nah......

See.... ada diskriminasi di situ.

Aku : ....(belek tab kepunyaan sendiri)

Feya : Eka nye (*Ika punye...)
*Tak tau kenapa Feya sudah bertukar ke Eka.

Apa aje yang aku pegang adalah dia punya....

Aku : Kiss Mak Na sikit...

Feya : Ana ushuk.... (Mak Na busuk)

Memang saje cari gaduh...

Feya : Ana... jom.

Aku : Nak pegi mana?

Feya : Li lang kaki.... (Beli gelang kaki)

Aku : ????????



 

Friday, April 26, 2013

Sarpino's Pizzeria

Aloha.....

Malam ni pekena pizza pulak. 



Memang 2-3 hari ni sesi menambah lelemak menjadi-jadi. Semua tu bukan calang2 lemak, memang bakal jadi lemak tepu.

Kena buat akujanji ni.... Balik nanti nak jogging.

Not bad jugaklah pizza ni. Untuk take away takde set. Tapi ada promotion (?) buy 1 free 1. RM38.90. Macam memang harga untuk 2 jer....(?).

Kampung ai takde Pizza Hut tapi ada Sarpino's Pizzeria. Si Sarpino tu Italian or Jawaian, aku tak pasti.

Balik kampong

Aloha....

Hip hip hoorey!!! Cuti balik kampung.....

Esok ada kenduri, so blk awal nak buat apa yg patut.

Patutnya si laling jr tak ikut sebab ada kelas esok. Tapi bila dah ambik dia balik sekolah tadi, nampak macam kesian lak tengok muka dia kena tinggal. Belum lagi dia buat muka Gwiyomi , sambil terkebil2 mata... Dedi dia memang takleh tengok anak dia buat muka comel.

So, angkutlah jgk dia balik kampung. Tapi esok pagi kul 5 kena kuar nak antar dia gi sekolah balik. Pas tu tengahari bawak balik kampung. Gitulah kekdahnya melayan anak tunggal ni.

Ni dah sampai kampung. Hujan...

Kat Bukit Tinggi tadi.....


Macamanalah naik bukit pun leh terbabas. Sib baik tak tergolek bende bulat2 tu.

Sampai Bentong singgah jap cari ekon nak pasang rumah my mom. Mahal... Upah pasang RM300. Kejadahnya??!!!

Singgah Raub, murah sikit include upah pasang.

Kononnya, last balik hari tu sangat2lah panas, tu yang sebok nak pasang ekon. Last2 balik kali ni ujan pulak. Dah sejuk.....

Grrrrrrr.......

Ok, nak keluar pegi kedai tudung. Agenda wajib setiap kali balik kampung. Ai pakai tudung doplohlima hengget je. Tak mampu pakai Arianni....

Thursday, April 25, 2013

Kepsi

Aloha....

Malam ni pekena kepsi pulak. Kononnya nak pegi membuking spa kat area sini, tapi tutuplah pulak. 

Jangan terkujat yer, kepsi ni adalah satu2nya kepsi yang ada kat area sini. Dari rumah aku dalam 15 min jugaklah nak sampai. Sadis....

Ada baru nye meal.... Korean Crunch.

Ini dalam iklan....


Siyes aku tengok dah tak berkenan. Pasti melekit2 tangan. 

Tapi....

Ini yang sebenar.....




Hmmmmmmm............................. Inipun kena bayar extra doploh sen untuk secalit sos kat atas ayam tu.

Dasar iklan memang menipu, dan dasar aku memang mudah terpedaya. Tapi yang ni laling jr punya. Aku ambik Zinger Cheesy Burger. Rupa pun tak semegah. Tak sampai hati nak snap pic. Telan je terus....

Wednesday, April 24, 2013

Nasik lemak

Aloha.....

Baru lepas dinner. 3 hari berturut2 dinner yg sama...

Tu diaaaaaa.......

 
Memang terbaek
 
Nampak macam selambak je aku ambik kan.... Tak tengok lagi kalau cina2 kat situ makan/bungkus. Paling sikit 2 lauk. Kalau tak, 3-4 lauk sekali bungkus.

Nasi lemak kedai takde nama tepi simpang masuk Selayang Pandang memang sodap. Dia ada lauk sambal sotong, udang petai, ayam sambal, ayam goreng, ikan bilis petai, kari ayam. Perggghhhhh.......

Walaupun tempat kecik tapi ramai jugaklah orang. Kedai dia sebelah kedai jual kelapa, jual bantal. 

Bak kata aku tadi, hari ni hari ke 3 kami makan kat sini. 

Si laling, sampai je rumah terus gi jogging. Nak membuang balik lelemak yg dia dah telan. Menyesal lah tu tapi masa makan tak hingat.

"Kak, nasi kasi tambah...."
 
Lepas tu mula bising dah tak nak makan nasik lemak sebulan. Esoknya, makan lagik.

Aku?

Sampai rumah, pasang tv, tengok mastercep. Rasa2 pinggang lenguh, tarik kusyen, baring. Kul 10 naik atas, mandi, tido...

Esoknya.....

"Apasal korset ni tak leh cangkuk??!!!..."
 
Salahkan tangan tak sampai.

"You... tolong pasangkan."
 
"Hook no berapa?"
 
"Yang last lah.... Alamak! apasal sendat? Hook no 1 lah...."
 
See.... itulah penangan nasik lemak kedai takde nama.


Sekian.... 



Note : kalau nak cuba, sebarang kebarangkalian sila tanggung sendiri.


 





Monday, April 22, 2013

Buat pangai....

Aloha.....

Aduhai... dah Senin. Tak sedar semalam Ahad. Sebelum semalam Sabtu.

Rugi je hari Ahad semalam. Dah lah mood ke laut, kepala pulak sakit.

Semalam memang betul2 aku buat perangai. Mulanya sakit kepala takde lah teruk sangat. Tapi bila pagi mood dah swing, breakfast pun skip, memang cari pasal lah nama nya tu.

Orang selalu cakap bilangan patah perkataan perempuan bercakap boleh menjangkau berbelas ribu perkataan sehari tapi semalam aku bercakap tak sampai 50 patah perkataan kot.

Mood tu tebawak2 lah ke tengahari, petang dan malam.

Dan jugak pagi ni.

Pagi ni aku kena hantar laling jr ke sekolah. Disebabkan semalam aku banyak menghabis kan masa dengan tido, so, sang suami telah menyediakan kereta untuk aku bawak pagi ni. Memalam hari dok basuh kereta, isi minyak kereta, siap letak kereta kat luar senang aku start, jalan je....

Tapi.... aku ni kan memang suka cari pasal. Pagi tadi dah le lambat, nak keluar je....

Aku : Tak nak bawak kereta ni. Nak bawak kereta tu....

See.... tak gedik nama nya tu.

Takde masalah pun kalau bawak kereta kat luar tu tapi saje.... saje nak cari pasal.

Aku ni pulak jenis bawak kereta memang tak pernah nya nak check minyak ada ke tak. Main redah je. So, sampai hiway baru terketaq pale lutut tengok signal minyak sudah menyala. Tak tau dari zaman bila dia menyala.

Ayooo..... sudah lah lambat nak hantar si junior. Nak kena speed ni. Dengan kepala masih ting tong, speed je lah. Memang nekad gile tragis nye. Kalau sangkut tepi jalan pun sangkutlah. Ada chance nak meroyan tak tentu pasal. Nama dah hari cari pasal kan......

At last... selamat jugak sampai sekolah. Takde reason nak MC ke (kereta sangkut, ko nak MC, boleh???), EL ke.

Sebab apa aku buat perangai???

Sebab tak dapat beli meja 99 hengget kat Cavenzi.

CHOYYYY!!!!! kau nak merajuk gedik bagai sebab tak dapat beli meja 99 hengget. Hilang pedoman apa aku nak buat perangai macam tu. 99 hengget, macam lah takleh nak beli sendirik.

Ekceli aku pun tatau pasal apa aku nak moody bagai.

Period kot......




Saturday, April 20, 2013

Meatball

Aloha.....

Pagi yang indah.... mood yang ok.... kerajinan tahap maksimum.

Hari ni tekak nak makan ala ala western. Tak mainlah setakat toast dengan telur goreng. 

Tada......


Homemade meatball

Ini permintaan nak raja lingam. Dok merengek nak pegi ikea makan meatball. Beberapa kali cubaan untuk menjamu selera disana tidak berjaya. Sentiasa ada kekangan. Kalau sampai pun, tersangatlah reramai nya. Nak menyelit pun takleh.

Last2 ambik initiatif sendirik... Hasilnya, untuk tekak sendiri oklah kot. Aku pun tak pernah merasa ikea nya meatball, so tak dapek ahkak nak kata sapa nye sodap. Dah tentu2 ahkak kata ahkak nye sodap ken.....

Nak resipi? Nati aku tepek sini tapi not todaylah. Some other day hoccay. Kalau tak sabar, gugel je sebab aku pun terang2an cilok kat situ sebab kalau nak tanya my mom, dia tak reti. 

Now time nak lepak2 sambil tengok pencalonan PRU13. 

Dapur, tutup.

***update****

Resepi di atas aku cilok dari Cik Kella. Walaupun dia taktau aku tiru separuh bulat dia nye resipi but anyway TQVM. Tapi kan, dia punya nampak lagi sodap. Gravy nya kuning menyerlah. Kenapa akunya pucat lesi errr????


Resepi Meatball Ala IKEA  

 250-300gm Daging Cincang - aku guna 400gm. kasi boh je sumer dlm paket cap Ramly tu.

Bawang putih – aku tak letak sebab rumah tu ada vampire tak mkn bawang putih.
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit - aku masuk sebijik sebab itu je yg ada
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah - ni tak letak
¼ cawan susu segar - guna susu cair
Secubit allspice – aku tak letak sebab tak tau apa bende nye nih
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu - siyes tak letak sebab terlepas pandang.
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - tak letak jugak sebab tak pernah tau/jumpa ada cube daging
sesudu gula * -  tak letak sebab rasa mcm dah manis je

**Banyak bende aku tak taruk err... patutlah macam tak semegah je gravy aku. Orang nak masak, kau nak masak. Tapi tak tau bahan.
Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur
.
Untuk hiasan :- Suka hati uols lah yerk.... Oh ya, orang sibuk makan meatball tu mesti ada jem stoberi ka, rasberry ka.... Aku tak letak sebab rasa mcm tak gu je.... (hihihi lain org lain citarasa nya, ye dak??)

So.... rajin2 kan lah ke dapur yerk..

Monday, April 15, 2013

Apa kes???

***Ini cerita 2 hari lepas... Tapi atas sebab2 teknikal, baru hari ni dapat di tayangkan...***

Aloha....

Malam tadi aku ngigau... Menjerit2 mintak tolong. Siyes ketar. Tapi my laling, lek je tido. Aku boleh terjaga dengar sendirik punya jerit, dia boleh baik berdengkur. Kureng betollah....

Apa citer mimpi aku? 

Aku mimpi aku kena follow. Tapi kali ni aku jalan kaki. Jalan gelap. Ada 1 motor follow je belakang. Aku terus lari...... lari... lari..... turun bukit pegi 1 rumah. Aku jerit mintak tolong. Sib baik terus terjaga. Kalau tak mau terkucil aku...

Macamana boleh mimpi?

Citernya gini.....

***versi cerita dipetik dari fb persatuan penduduk A (bkn nama sebenar).***

Pagi semalam kecoh area rumah aku tapi bukan dalam kawasan gated rumah aku, ada orang kena rompak. Mangsa difollow lepas hantar anak gi sekolah jam 7.45am. Bila mangsa lalu kat post guard, boleh lak kereta tu dengan selambanya lepas masuk. 

Elok je dia sampai depan rumah, simangsa (wanita), terus diserang dan diacu pisau. Bila dia jerit, ahli keluarga keluar menolong tetapi rupanya si penjenayah berteman. Ada beberapa orang dalam kereta, mengacukan senjata api (tidak pasti pistol, senapang atau mercun) pada mangsa dan keluarga. Dan akhirnya si penjenayah dapat melarikan sebijik Avanza. 

Laaaaa..... follow semata2 nak ambik Avanza je?

Kat sini dah timbul berbagai andaian....

Ada suara2 sumbing yang mengemukakan pelbagai teori. Dan salah satunya, mungkin bukan rompakan tapi kes tarik kereta.

Huisshhhh.... ganasnya cara nak tarik kereta. Finance mana dia ambik? Along? Angah? Ateh?
 
Ok, itu masalah dia. Tapi jauh di sudut hati, ada rasa simpati.

Yang menyebabkan adanya suara2 sumbing itu bila ada isu penduduk timbul. 

Kononnya.... (kononnya!!!) simangsa sudah lama tidak membayar yuran sekuriti tapi telah menyalahkan pihak sekuriti 100% hingga sanggup melempang si guard yang kononnya tak buat keje. Kalaulah betul dia memang tidak bayar, apa hal dia nak lempang2 guard tu??!. Orang yang 'membayar' gaji guard tu tak pernah bertindak sebangang itu. 

Itu kalau dia betul tak bayar lah..... Even kalau dia bayar sekalipun tindakan dia melempang guard itu adalah tindakan yang bangang. Bukan anak dia pun sesuka suki nak lempang.

Susulan dari itu, perkhidmatan kesemua guard2 situ dihentikan serta merta. Dan sekuriti situ digantikan dengan pasukan RELA  yang macam tak rela je buat kerja. Tak sampai 24jam 'berkhidmat' telah mendapat pelbagai komplen dari penduduk. Banyak sungguh 'cctv' yang ada kat situ. 

Dan dengarnya.... si RELA2 ini telah mula mau konker post guard area rumah aku. Ini bikin hati ajkkkk & the gang jadi panas.

Nasib baik kami kat kampung, kalau tak ada orang tak balik rumah sebab jadi part time guard dan 'rukun tetangga' ujung simpang.

Panjang aku cerita.....

Yang buat aku jadi trauma bila dengar kes2 macam ni sebab aku pun nyaris2 nak kena.

Time tu aku baru ambik si laling jr balik sekolah. Dia darjah 5 or 6 macam tu. Biasalah dia, balik sekolah macam2 cerita dia nak share. Masa tu time kul 2, dan sekolah memang jauh dari rumah lah.

Sampai kat 1 tempat, memang takde keter. Ada 1 keter Satria merah bertampal2 kat body & cermin belakang. Tetibe dia potong dan himpit ke tepi keter aku. Bila dah kat depan, dia slow dan sampai kat simpang, dia stop, lama....

 Aku sambil layan si jr borak sebab tak nak dia cuak, dah pikir apa nak buat. Tangan dah standby nak reverse (time tu "Demn!!! knp lah hari ni bwk keter manual) & cabut. Depan sana sikit ada balai polis. Tangan 1 lagi meraba steering lock. Si jr pun perasan kenapa kereta depan stop lama.

Pas tu, tiba2.......

Ada kereta lain datang. Then kereta tu blah. Pheww........ Tu pasal la ni kalau rasa2 ada keter follow dekat2 je, samada aku speed or aku kasi dia potong.

Memang time tu kecut perut tak bleh blah...

Dialog junior & dedi

Aloha....
 
Ini dialog petang semalam antara laling & laling jr.
 
Laling jr : Dedi, are you going out tonite?
 
Laling : Why?
 
Laling jr : Nothing....
 
Aku dah dapat agak dah masa tu kenapa...
 
Aku : U keluar je lah.... Dia nak tengok citer Korea.
 
Itu motip dia. Kalau dedi dia ada kat rumah, rasa macam tak bebas dia nak tengok citer dia. Last episode lak tu. Dorang tu selalu rebut remote. Suruh tengoh tv kat atas tak nak sebab tv kecik.
 
Dedi dia.... dah kasi greenlight keluar lepak, tak yah tunggu lama. Ambik sampah kat dapur bawak keluar, terus lesap. Dan kami pun (dengan aku sekali terjebak cerita tu) dapat menghayati dengan aman dan damai.
 
Dialong pagi ini....
 
Laling : Apa last citer tu? Orang dah tau ke dia pompuan? Last dia pilih sape jadi boifren dia?
Aku : ...... cayalah... nak tau jugak walaupun dah kutuk2 anak dia tengok citer tak berfaedah.
 
Inilah citer yang menjadi ikutan remaja2 sekarang (termasuk remaja seperti aku).
 
To The Beautiful You.....

(gambar terang2an diciluk dari mr google)
 
Yang buat dorang tergila2 sangat sebab kononnya pelakon2 yang kiut miut. Aku terjebak sebab dah tak dapat tengok citer lain kan.
 
Tamatlah sudah citer itu semalam....

 
 

Wednesday, April 10, 2013

Purple kaler....

Ek eleh.....

Purple lah sangat. Konon2 lawa lah tu......

Blouse purple, seluar purple, kasut purple, henbeg purple, tudung bunga2 purple....

Macam bagus2 je....

Badan tu pun dah dekat2 sama size si Barney. .Alaaa.... Barney si hippo purple yg nyanyi 'I luv u, u luv me... we are happy family...' Kalau si Feya tengok mesti terjerit 'BARNEY! BARNEY!


^
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
 
Aku lah tu.........
 
Memang siyes kali ni giler purple. Aku memang bukan jenis yg suka 1 kaler je. Mula2 gila biru pas tu, kuning. Pas tu kaler ijau lak. La ni purple kaler....
 
Baru2 ni pun beli henbeg kaler purple (shhhh..... senyap2 sudah)
Pas tu beli sandal purple jugak (ini pun senyap2 jugak)
Sampai kan spec itam Carlo Rino pun purple..... (yg ni laling tau aku beli sebab dia bayar sempena enibeseri). Yang lain kat atas2 tu dia tak tau.
 
Bukan setakat bende kat atas ni je purple.... Facial set pun kaler sama jugak. Kaler punya pasal, beli satu 1 set Simplysiti.
 
See.... gile tak gile nya kan.
 
Lepas ni tatau kaler apa pulak.
 
Note : Mood tengah cari tempat nak jalan. Pasport hidup lagi (*wink wink)
 

 

 
 





Sunday, April 7, 2013

Sesi menambah lemak

Aloha....

Tadi sibuk bergardening. 

Sekarang berada di Aroma Ikan Bakar Jeram...

Lepas habis peluh dan kederat, sesi melayan perut pulak. Tak sempat nak menyenap (kata dasar snap) gambar lauk dan pauk. 

Dah habis baru teringat....

So ini lah hasilnya... Selesai sudah sesi menambah babat sedunia.




Note : Nescafe dia sedap.

Hasil campak-campak

Aloha.....

Aktiviti hari ini.

Jeng jeng jeng.....



Disebabkan tak reti malas nak merumput, menyimen, makanya aku beli je stepping stone tu bebanyak. Nak kasi lawa, tabur batu2 tu buat penyeri.

Ok tak???

Semalam nak citer pasal pokok pinang sebatang. 



Cer teka umur pokok ni. Aku duduk sini dah 3 tahun. Pokok ni dah 2 tahun. Tapi bantut je macam ni. Dari awal aku beli sampai sekarang menten besar dia macam tu. Pokok kelapa neber belah sana dah tinggi rimbun. Kalau tanam pokok mangga mungkin dah berbuah. Kalau tanam pokok pisang, dah seploh kali tebang.

Ni tak, hari ni dia keluar daun, esok dah tinggal lidi. Ini semua sebab ulat bulu. 

Nampak pokok sebelah dia tu? Tu pokok pandan (kalau takde pokok lain yang sama rupa macam dia). Aku tatau saper tanam. Mungkin nak celen pokok saper besar dulu kot. Konfem tak lama lagi tinggal rangka je pokok tu. 

Cukup peluh yang keluar untuk hari ini.

Adios.....

Saturday, April 6, 2013

speechless

Aloha...

Hari ni gigih dan rajin nak menghadet blog. 

Tapi disebabkan line berukben selkom ni macam hakptuih..... inilah jadinya.



Dalam blog list / draft ada tapi bila nak edit & publish, takde apa2. Blank.... 

Sangat2 stress....

Mau tukar Umobile. Muktamad.....

Teringin

Aloha....

Sesekali kurasa teringin....... (ala2 lagu Shima)



cheesenya yang mencair.... marbeles......

Tak menyempat2 potong, main cekup2 je dengan sudu. Takde orang lain yang nak makan. Aku sorang je.

Korang, tengok je ye. No resipi2 sebab bukan aku buat. Aku beli kat ofis. Hanya dijual pada hari Jumaat sahaja.

Dialog paling romantis (yg dah lama tak dengar)

Aloha...

Lupa ahkak nak citer...

Hari dulu semalam kan, ada orang telah melafazkan dialog yg paling romantis... Agak lama jugak tak dengar kata2 itu.

Laling :  U kalau nak beli henbeg yg selalu u tgk kat fb tu, belilah. I belanja.

Aku.. like, WHAT??!!! Biar betik.

Dah lama aku tak dengar kata2 seromantis itu.

Bagi aku, kata2 paling romantis adalah kata2 yang mengoffer.

Macam...

'you nak shopping? jom i teman & bayarkan...'

atau...

'kasut tu cantik kalau u pakai. nak?'

or yang ni pun ok jugak...

'u nak tukar kereta? nak kereta apa? u cari nati i kasi deposit...'

Heaven kan....

Bagi aku tak perlu nak 'i luv u, u luv me' sangat2... Takleh kenyang. Dalam hati masing2 tau sudah. Tiap2 hari kiss kiss tu kira sayang lah tu. Part shopping ni tak tiap2 hari....

Ok, nak tau rahsia macamana boleh terpaculnya kata2 itu???

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Selain kiss dia tiap hari (sangat klise...) tag aje dia kat mana2 link shopping online yang kita suka. 3 - 4 kali, dia mungkin buat tak tau. Dah masuk 68 kali, dia pasti bersuara. Cuma ikut nasib jelah kan... 

Usaha tangga kejayaan.... (yg ni aku percaya).

Note :  yeay... hujan. tido time.



 

Friday, April 5, 2013

Barang baru

Aloha...

** Ini adalah entry melekat.... Selagi korang tak habis baca & tak beli, ianya akan melekat di sini.... Nak cerita baru sila scroll bawah.**

Hari tu aku pernah citer pasal jerawat2 pujaan hati ku... Aku pun ada citer yg aku baru nak try test 1 product kan...

Aku dah try dah. Dan, boleh dikatakan ianya memuaskan hati aku. Jerawat dah takde, parut dah kurang....

So, ini dia.....

PURE MARINE COLLAGEN

Dah 2 bulan aku pakai cuma tak sempat je nak promote kat sini disebabkan kekangan masa....

Mungkin ramai yang dah tau tapi aku tetap nak kasi tau.

KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN
Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
-Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)

-24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2

-Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6


- Melaraskan berat badan & menstabilkan hormon
- Memulihara sel-sel kulit mati(kesan jerawat/kemalangan)
- Mencantikkan kulit(lebih cerah,gebu & anjal)
- Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (anti-penuaan)
- Kulit wajah lebih berseri-seri,anjal dan lembap
- Mengecilkan pori-pori pada wajah
- Mencerahkan kulit wajah & badan termasuk bawah lengan & ketiak.
- Menghilangkan kedut pd wajah terutama garis halus di kwsn mata.
- Anti bakteria
- Membuang toksin dalam badan
- Membantu meningkatkan metabolisme & melancarkan peredaran darah
- Memperbaiki masalah kulit, kuku dan rambut
- Mengurangkan sakit pinggang dan sendi terutamanya lutut dan siku
- Push up payudara & punggung bagi wanita
- Merawat tumit merekah
- Menambahkan tenaga
- Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, dan merawat gastrik
- Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
- Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Menurunkan tahap kolesterol dalam badan
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
- Menberikan rasa kekenyangan (diet)


 
Buat masa ini stok masih ada. Nak tau harga?? Sori... lupa lak. itu yang penting nya kan.
Pack 100gm - RM25.00 (include postage)
>5 pack 100gm RM20.00 (include postage)
**Harga mengikut pasaran & boleh dirunding.
Cara-cara memasak akan di sertakan.
Untuk yang dekat2, yang telah dimasak juga ada dijual. Tapi kena order dulu, baru masak.
300ml - RM15.00
Hanya untuk GRED AAA (Purple) sahaja.
Apa tunggu lagi????????